PU Syed tegur lakonan dalam kelab, Janna Nick balas semula

3,023 views

Satu video yang dibuat oleh pelakon popular Janna Nick telah menerima teguran dari PU Syed. Video yang dimuatnaik di laman IG itu menunjukkan Janna melakonkan jadi seorang wanita di dalam kelab.

Bagi PU Syed, video dalam kelab seperti itu tak elok dimuatnaik dan ditunjukkan oleh seorang yang mempunyai follower yang ramai. PU Syed terus menegur video Janna Nick di laman IG milik PU Syed.

“Video yg boleh bawa fitnah, tak perlu di muat naik kepada orang ramai atau umum, anda ramai followers, jika mereka ikut, tidak kah ianya membawa dosa pada diri mereka malahan anda juga akan turut bersama berkongsi dosa berkenaan.

“Maaf ambe guna bahasa sarkastik ketika menegur secara terbuka ini, harap difahami, kita semua satu akidah, kita sayang saudara sama Islam.

Janna Nick dilihat telah membalas teguran oleh PU Syed itu. Janna akui dirinya masih ingin belajarilmu agama dan lebih manis jika seseorang itu tegur dengan cara baik.

Pelakon ini sempat memberi contoh seperti PU Azman yang mana ramai selebriti suka caranya berdakwah kerana tidak sakiti mana-mana individu.

“Kepada PU Syed, gunalah yg lebih cara kreatif untuk nak dapat viewers yang tinggi di laman sosial media. Bukan dengan cara menyebar rasa tak suka. Saya di laman media instagram bukan lah seratus peratus diri saya yang sebenar. Sekadar nak buat hiburan kepada para follower. Dalam erti kata lain hanya content hiburan saja kepada yang menonton. Maaf kepada semua yang terasa.

Namun begitu PU Syed ada juga menulis respon kepada Janna itu. Kata Pu Syed, dia tahu bahawa video ini hanyalah lakonan tapi tak elok untuk dipaparkan kepada orang ramai. Ini antara komen PU Syed.

 “Saya dah mula berdakwah sejak dari sekolah menengah lagi, ketika itu taka da pun IG, FB, dan saya belum lagi berniaga. Tegur secara terbuka lebih kena pada mereka yang ada ramai pengikut atau follower, supaya kesemua nya sedar dengan kesilapan yang dibuat oleh individu yang mereka follow itu.

“Saya tahu, video itu hanya lah merupakan satu lakonan, namun baguskah kalau berlakon macam tu dengan gaya seperti itu? Matlamat tak halalkan cara wahai saudari.

“Rosak peminat sebab rosaknya apa yang mereka minati, di seluruh dunia manusia diserang satu penyakit, iaitu berseronok-seronok dengan dosa.

Itulah isu yang berlaku antara Janna Nick dan juga Pencetus ummah Syed. Video itu masih lagi boleh ditonton di laman Ig Janna Nick.

Share this on...