Categories: Terkini

“Public figure kena tunjuk contoh yang baik, ikut SOP” – Fazura

Tatkala ini kes positif di Malaysia masih lagi mencecah empat angka setiap hari. Namun begitu, dapat dilihat ramai yang mula abaikan SOP dan seakan dah ambil remeh.

Bercakap tentang isu ini, Fazura akui dia amat bimbang dengan dirinya dan juga keadaan anak sulungnya Fatima yang baru sahaja nak masuk 6 bulan umurnya.

Saya sangat takut dengan situasi sekarang sebab kes meningkat. Saya ada anak yang masih lagi kecil di rumah. Sebolehnya asaya akan jaga rapi SOP. Jujur, Fatima tak pernah lagi saya bawa keluar mana-mana shopping complex.  Diri saya nak keluar pun akan fikir apatah lagi nak bawa baby, sangat seram.

Sebelum ini, ada video yang menunjukkan Fazura ada berkata kalau tak boleh rentas negeri janganlah nak rentas negeri, tak perlu pun. Video berkenaan menjadi viral dan ramai yang setuju dengan pelakon ini.

Bercerita tentang isu rentas negeri, Fazura akui sedih ramai yang sibuk nak rentas negeri walhal tak perlu pun berbuat sedemikian dalam keadaan sekarang ini.

Saya agak sedih kerana saya ada nenek yang tak berapa sihat di kampung namun saya tak dapat jumpa lama dah, berbulan-bulan. Saya akur dengan SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Ada sebab mengapa pihak kerajaan buat SOP sebegitu kerana mahu putuskan rantaian dari terus merebak. Kalau buat PKP banyak ha; yang terjejas, namun bila dah buat kelonggaran, ada pula yang nak langgar kelonggaran berkenaan.

Bagi saya, sekarang ni merupakan detik yang paling kita tidak boleh ambil sambil lewa.

Jelas Fazura, individu yang bergelar public figure perlu ada sikap bertanggungjawab dan kena beri contoh yang baik pada semua rakyat untuk patuh dengan SOP.

Peraturan pertama, kita kena jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Keduanya, sebagai public figure, kita kena tunjukkan contoh yang baik dan galakkan orang ramai untuk patuhi SOP agar dapat bantu negara ini bebas dari jangkitan.

Memang bagus betul Fazura ni, harap public figure termasuklah selebriti, ahli politik, instafamous semua dapat dengar apa pendapat Fazura ni, kenalah bagi teladan yang baik, bukan tayang tengah rentas negeri seterusnya buat orang ramai buat spekulasi.

Recent Posts

Founder muda ini, borong semua jualan tak habis terjual di bazar ramadhan

Ini satu kisah baik yang berlaku di bazar Ramadhan. Seorang ahli perniagaan yang juga founder syarikat kosmetik telah buat sesuatu…

39 mins ago

Dato Nash terlibat kemalangan, sedang dirawat di hospital

Penyanyi berstatus lagenda, Datuk Jamaludin Elias atau lebih terkenal dengan nama Datuk Nash, disahkan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan…

5 hours ago

Punca Dai Syed buat live tak pandang kamera

Ramai yang dah kenal dengan penyanyi yang bersal dari program reality dakwah iaitu Dai Syed. Kali ini Dai Syed telah…

19 hours ago

“Saya bukan jenis bangun pagi, suami ya” Risteena bahagia, syukur suami sporting

Kini dah sebulan lebih pasangan popular Risteena dan Isa Khan melayari bahtera alam perkahwinan. Risteena akui dirinya berasa amat bahagia…

24 hours ago

Tayang wajah anak Tok Ti, Asyraf Khalid dilabel nak cari publisiti

Penyanyi tersohor tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat bersalin anak kedua pagi semalam. Kehadiran baby boy, baby kedua…

1 day ago

Ramai kurang senang lihat baju instafamous terdedah disebelah Pu Amin

Instafamous bernama Nadira Isaac telah jadi tumpuan setelah upload dua keping foto bersama penceramah dan pendakwah bebas iaitu Pu Amin…

2 days ago

This website uses cookies.