Puteri Aishah pula disahkan positif Covid 19

13,139 views

Tatkala satu dunia kini sedang melawan serangan virus pandemic corona virus, setiap insan sudah tentu gusar sekiranya terkena penyakit ini. Kalau boleh memang kita nak elakkan terkena jangkitan ini. Langkah terbaik buat masa ini adalah stay at home dan duduk di rumah sahaja.

Dalam perkembangan terkini, hari ini, ada satu berita baru tentang pelakon Puteri Aishah Sulaiman yang mana dia telahpun disahkan positif terkena virus Covid 19.

Perkara yang amat mengejutkan ini telah disampaikan oleh pengurus Puteri Aishah iaitu Iman Tang yang dibuat menerusi satu update di laman media social Instagram, sebentar tadi.

Ini tulisan oleh pengurus kepada pelakon yang sedang meningkat naik itu: “Assalamualaikum Warahmathullahi Wabarakathuh. Puteri Aishah baru sahaja disahkan meneria keputusan positif untuk ujian Covid satu jam yang lepas. Kami berharap orang ramai berdoa agar Puteri Aishah kembali cepat sembuh seperti sedia kala.

Akan tetapi, buat masa kini, punca atau symptom dan gejala yang dialami oleh Puteri Aishah tak ada lagi diceritakan secara lebih terperinci. Kita tunggu saja komen atau kenyataan dari Puteri Aishah nanti.

Puteri Aishah, 25 tahun, sebelum ini dikatakan ada pergi ke luar negara untuk penggambaran dan ini dapat di lihat menerusi update di laman Ig miliknya.

Pelakon ini merupakan salah seorang peserta Dewi Remaja pada tahun 2015 yang mana ketika itu telah di menangi oleh adik Uqasha, Nelydia Senrose iaitu Raysha Risroze.

Sebelum itu di usia 20 tahun, Puteri Aishah pernah jadi viral kerana bekerja sebagai seorang guru. Setelah menyertai Dewi Remaja, Puteri Aishah telah menceburi bidang lakonan sebagai pelakon drama.

Semalam, Pu Riz merupakan selebriti pertama yang disahkan terkena jangkitan virus ini dan Pu Riz mungkin terkena dari Masjid Sri Petaling yang kini telah pun ditutup. Pelakon berkenaan kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Semoga semua yang terkena virus ini cepat sembuh seperti sedia kala.