Raf Yaakob bangga Mawar Rashid bersalin semulajadi tanpa ubat bius

1,247 views

Pemenang pelakon filem popular di anugerah ABPBH iaitu Mawar Rashid selamat melahirkan baby girl pada tarikh 2 Januari yang lepas. Anak ini diberi nama yang cukup indah iaitu Raden Seri Rosabella Cinta.

Sempena kelahiran baby comel itu, suami kepada Mawar iaitu Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali dengan nama Raf Yaakob telah menulis satu ucapan khas buat isterinya itu.

Ucapan berkenaan dibuat di laman Instagram miilknya yang mana Raf Yaakob amat menghargai pengorbanan isterinya itu.

Selain ucapan tahniah, Raf Yaakob telah meluahkan rasa bangga kerana Mawar rashid telah berjaya melahirkan baby berkenaan secara normal, malah tanpa sebarang ubat tahan sakit.

“Mawar Rashid, awak sememangnya merupakan seorang ibu yang amat kuat. Awak hadapi kesakitan ketika bersalin dengan baik sekali. Tiada suntikan ubat bius, tiada ubat tahan sakit dan tiada gas ketawa digunakan. Memang seratus peratus secara semula jadi.”

“Awak telah pun dah dapat apa yang inginkan selama ini. Kelahiran secara naturan, semulajadi, ini sama juga ketika sewaktu melahirkan Rafael (anak sebelum). Saya rasa amat bangga dengan awak, isteriku.”

“Anje (panggilan mesra), awak memang isteri yang teramat baik untuk saya dan seorang ibu yang amat sempurna kepada semua empat Raden saya.”

Itulah ucapan dari Raf Yaakob yang merupakan adik kepada Datuk Fazley Yaakob. Untuk pengetahuan, kesemua anak Raf Yaakob mempunyai nama Raden di depannya.

Melihat di tempat komen, banyak follower menulis ucapan tahniah kepada pasangan ini. Ramai mengucapkan agar semua urusan akan sentiasa dipermudahkan.

Raf Yaakob dan Mawar Rashid telah bernikah pada November 2017 dan mempunyai dua orang anak bersama.  Anak sulung bernama Raden Muhammad Rafael berumur dua tahun.

Selain anak dengan Mawar, Raf Yaakob mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu bernama Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Share this on...