Ramai nak tahu, ini sebenarnya senarai filem lakonan Mawar Rashid

28,585 views

Haqiem Rusli dinobatkan sebagai pemenang untuk kategori utama Bintang Paling Popular di acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH 33) pada hari Jumaat, satu keputusan yang mengejutkan, tetapi masih lagi boleh diterima.

Tapi, sebenarnya anugerah ini memang banyak keputusan yang tak disangka-sangka. Antara keputusan yang membuat kejutan ialah untuk kategori pelakon filem paling popular untuk lelaki dan juga wanita.

Untuk kategori lelaki, ianya dimenangi oleh Zahiril Adzim manakala untuk kategori wanita dimenangi oleh Mawar Rashid.

Sebagai pemenang untuk pelakon filem, Mawar Rashid menerima pelbagai komen yang rata-rata tertanya-tanya apakah filem lakonannya sampaikan dia boleh tercalon dan menang kategori berkenaan.

Antara komen yang ditulis oleh netizen ialah seperti ini: “Agaknya filem lakonannya berjudul Halimunan, sebab tak nampak”.

Filem apa mawar oi, filem tak ada tajuk agaknya. Tak apalah husnuzon. Macam yang Nabila Huda cakap, rezeki anak kot”.

Selepas ini pengarah filem kena offer dia belakon filem, boleh cover balik kemenangan dia hari ini”.

Filem dia tunda agaknya sebab ada covid kan, alah menang dulu award, filem release kemudian, kira macam advance award lah”.

Baiklah dek kerana ramai yang tak tahu filem lakonan Mawar Rashid, ini jawapannya. Sebenarnya Mawar Rashid ada berlakon filem untuk tahun 2019, jadi sewajarnya di layaklah untuk dicalonkan kategori ini.

Filem lakonan Mawar Rashid ialah ‘Bu, Kasih Suci’. Filem ini diarahkan oleh Jeany Amir dan tiada watak utama. Ianya mengangkat tiga watak sebagai tiga orang ibu yang mempunyai kehidupan dan kisah masing-masing. Ketiga-tiga ibu itu ialah Nadiya Nisaa, Nadia Brian dan Mawar Rashid.

Namun begitu, filem ini boleh dikatakan sebagai tak dapat sambutan di panggung wayang kerana hanya menerima kutipan lebih kurang RM21ribu saja.

Selain filem Bu, Kasih Suci, Mawar pernah memegang watak kecil dalam filem Mamat Khalid pada tahun 2015 iaitu filem Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium. Cerita ala-ala Night at the Museum yang mana patung akan hidup di waktu tertentu. Filem ini pun dikatakan hanya berjaya mengutip jualan tiket sebagaik lebih kurang RM200ribu sahaja.

Apapun, harus diingat, anugerah bintang popular ini, peminat atau orang awam yang undi, bukanlah juri professional. Pendek kata bolehlah nak undi sesiapa pun, walaupun tak ada banyak karya seni.