Ramona Zamzam dedah apa yang berlaku kepada family suaminya

5,346 views

Pelakon Ramona Zamzam telah menulis satu kisah tentang suaminya, Rami Alashkar, seorang warga Palestine.

Setelah ramai yang tanya, akhirnya Ramona Zamzam buka cerita berkenaan cerita suaminya dan keluarganya.

Pelakon ini mengatakan, ketika ini keluarga Rami baik-baik saja. Ibu bapa Rami tidak berada di Malaysia tetapi mereka berada di negara lain.

Malah Rami sudah lama tak berjumpa dengan keluarganya, apatah lagi sejak ada perintah kawalan pergerakkan ini.

Ramona juga mengesahkan memang betul suaminya itu masih ada saudara di bumi Gaza dan melihat keadaan semasa yang berlaku, Ramona dan suami mengambil pendekatan untuk berehat dari sosial media kerana tak mampun untuk melihatnya.

Keluarga suami saya Rami okey, ayah ibu serta adik beradiknya tidak berada di Malaysia tapi ada di negara lain. Yes betul, memang ada lagi sanak saudara Rami di Gaza. Oleh itu dengan apa yang berlaku di sana, kami berehat seketika dari laman media sosial sebabnya tak tahan untuk menyaksikan segala yang berlaku. Rami masih ada berhubung dengan sanak saudaranya.

Ramona Zamzam juga menjelaskan bahawa suaminya tak akan pulang semula ke negara tanah airnya itu. Dan ada sebab ianya berlaku.

Tak, Rami dan family tak dibenarkan pulang semula ke tanah airnya itu, buat selamanya. Kenapa? Ini kerana tanah keluarga mereka adalah salah satu tanah yang telah diambil oleh pihak di sana.

Sejak itu mereka sekeluarga terpaksa keluar dari negara sendiri dan berpindah randah. Setiap keluarga pindah ke tempat yang berbeza. Mereka kini survived.

Rami dah tak jumpa ayahnya selama 9 tahun lamanya. Dan dia tak jumpa ibunya selama 3 tahun. Kali terakhir jumpa ibunya adalah ketika saya baru habis pantang pada tahun 2018. Masa tu ibu Rami datang ke Malaysia sebab nak tengok cucunya.

Adik beradik Rami memang dah bertahun-tahun tak jumpa, lama. Namun Rami tak ada nak complained pun.

Ramona Zamzam juga menjelaskan walaupun dia jarang upload tentang kisah di negara Palestine, bukan bermakna dia tak sokong. Apatah lagi dia dahpun kahwin dengan orang dari negara berkenaan dan anaknya juga ada darah daging orang Palestine.

Sosial media bukan segalanya, tak upload bukan bermaksud tak sokong. Yang penting jangan kita berhenti berdoa.