Rayhan Kabir diusir, kena senarai hitam masuk Malaysia buat selamanya

2,094 views

Pemuda berasal dari negara Bangladesh, Md Rayhan Kabir sebelum ini jadi buruan pihak berkuasa setelah video nya viral. Semalam, satu berita baik diterima apabila Rayhan telah berjaya ditemui dan ditangkap oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

Menerusi satu kenyataan dari pengarah imegresen, dek kerana perbuatan yang dilakukannya, Rayhan akan diusir keluar dari negara ini.

Tak cukup dengan itu, Rayhan juga akan terus disenarai hitam dari memasuki negara Malaysia buat selama-lamanya.

Ketua Pengarah Jabatan Imegresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud menyatakan, Rayhan berjaya diberkas ditahan oleh satu team yang terdiri dari beberapa pegawai imigresen dari Unit Risikan Operasi Imegresen Putrajaya. Rayhan dicekup sekitar pukul 5 petang.

Ini kenyataan dari ketua pengarah: “Yes memang betul, MD Rayhan telah berjaya ditahan petang tadi. Ini satu kejayaan dan ianya adalah hasil darip risikan dan buruan berterusan selama dua minggu oleh pasukan imigresen. Saya nak ucapkan tahniah serta syabas buat semua pegawai yang terlibat dengan usaha berkenaan. Mereka amat berusaha dan amat komited. Seleaps ditangkap, lelaki Bangladesh ini akan terus kena usir keluar dan kemudian akan disenarai hitam untuk masuk Malaysia buat selama-lamanya“.

Terdahulu, pihak media ada melaporkan bahawa Rayhan yang berumur 25 tahun itu telah hilang dari radar dan bersembunyi di sebuah kondominium di sekitar Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Akhirnya setelah dua minggu kecut perut dan menyorok setelah viral, Rayhan berjaya juga diberkas.

Diimbas kembali, Md Rayhan Kabir diburu kerena buat kenyataan tak betul dan dilihat seperti cuba mentauhkan nama baik negara ini dalam kes mengendalikan kes covid melibatkan warga asing. Dokumentari itu disiarkan oleh media Al Jazeera.

Kenyataan dari Rayhan dan juga Al Jazeera membuat netizen naik angina dan terus menjadi tular di media sosial di negara ini.

Share this on...