Respon Sharnaaz setelah bertebaran kisah cinta Noor Nabila dan Engku Emran

4,834 views

Semalam hangat diperkatakan tentang hubungan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila dengan bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran.

Beberapa keping gambar telah tersebar yang mana menunjukkan Engku Emran dan Noor Nabila sering terlibat dalam beberapa aktiviti bersama.

Antaranya berbasikal dan juga pergi ke usrah bersama. Kemesraan yang ditonjolkan membuatkan ada yang berspekulasi bahawa mereka berdua ini sedang menjalin hubungan.

Bahkan ada juga mengatakan sebenarnya pasangan ini telahpun bertunang.

Apabila ditanya pihak wartawan, Noor Nabila mengatakan dia taknak berbicara tentang soal peribadinya itu.

Buat masa sekarang ni, saya tidak ada apa-apa yang nak komen.” Ini komen ringkas dari Nabila.

Engku Emran pula diketahui seorang yang amat privasi danb jarang memberi sebarang kenyataan tentang kehidupan peribadinya.

Dalam pada itu, ada juga wartawan yang bertanya kepada bekas suami Noor Nabila iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad.

Kata Sharnaaz, sekiranya benar Nabila sedang bercinta dengan sesiapapun itu adalah haknya.

Ini komen Sharnaaz: “Saya tak nak komen apa-apa (tentang hal berkenaan). Itu adalah hak Nabila.”

Jka dilihat di media sosial di Instagram Noor Nabila dah pun follow Engku Imran. Begitu juga dengan beberapa family Nabila. Akan tetapi Engku Emran belum lagi follow Noor Nabila di Instagram.

Tentang kisah perkahwinan, Nabila pernah bernikah dengan Sharnaaz Ahmad pada bulan Mac 2017. Jodoh hany amampu bertahan sehingga tahun 2020. Mereka akhirnya berpisah secara rasmi. Sepanjang perkahwinan, pasangan ini dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden. Hubungan Nabila dan Sharnaaz dikatakan baik demi anak mereka.

Tentang Engku Emran pula, beliau pernah berkahwin dengan dua selebriti terkenal. Pertamanya Erra Fazira pada tahun 2007 dan mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2014. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Kemudian pada tahun 2017, Engku Emrang bernikah dengan Laudya Cynthia Bella dan telahpun mengumumkan perpisahan pada tahun 2020.