Respon tunang Intan Najuwa tentang gambar dengan Zul Ariffin

6,831 views

Isu gambar bermesra ketika mandi di laut antara pelakon Intan Najuwa dengan Zul Ariffin menjadi buah mulut orang ramai setelah gambar itu jadi viral.

Ramai merasakan aksi itu tak patut di buat oleh Intan Najuwa kerana dirinya kini dah bergelar tunangan orang, malahan ini bukan kali pertama dia kena isu macam ni. Ianya bagaikan Intan Najuwa tak ambil pengajaran dari perkara silam yang pernah berlaku.

Lebih membuat ramai terkejut adalah apabila pengarah drama yang diterajui oleh Intan Najuwa dan Zul Ariffin, telah membuat pengumuman bahawa aksi yang dibuat kedua pelakon itu bukanlah ketika berlakon dalam drama arahannya. Aik habis tu, kenapa adegan itu dirakamkan? Ianya telah jadi tanda tanda.

Intan Najuwa nampaknya telah berdia diri tentang isu ini. Usaha pihak media untuk dapatkan komen dari pelakon muda itu menemui jalan buntu.

Namun begitu, melalui satu laporan dari portal mStar, tunang kepada pelakon Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli telah beri sedkit respon apabila ditanya tentang foto berkenaan.

Pemuda berumur 38 tahun itu berkata setiap orang ada hak untuk beri pandangan mereka tentang gambar berkenaan.

Ini komennya: “About the photos? Sorry saya tiada apa nak komen. This is free country. People can talk what they want. Saya tidak mahu nak tambah-tambah komen. Nanti lagi jadi macam-macam”

Dari komen Raz itu dapat dilihat jejaka ini dah malas nak ambil port tentang isu seperti ini lagi. Mungkin tak mahu keruhkan lagi keadaan atapun dia dah lali dengan isu seperti ini.

Diimbas kembali, Intan Najuwa dan Razrul bertunang di satu sebuah majlis di Johor Bahru pada 18 Ogos lalu bersempena hari jadi pelakon itu yang ke-22.

Sebelum ini, apabila gambar Intan pegang dengan pelakon lelaki lain, Razrul tetap pertahankan tunangnya itu dan dia berkata, sedang proses untuk bimbing pelakon itu.

Jelas Razrul lagi, proses membimbing Intan Najuwa akan dibuat tanpa sebarang paksaan kerana dia amat faham tentang kerjaya pelakon wanita itu yang sedang meningkat naik.