Rihana tuntut rumah RM40 juta, nafkah RM120 ribu sebulan

4,514 views

Ini satu lagi kisah tentang bekas isteri Sultan Kelantan iaitu Rihana Oksana. Sejak berpisah, Rihana telah mendedahkan kisah mereka melalui laman media social Instagram miliknya yang menjadi viral sekelip mata.

Dalam perkembangan terkini tentang hal ini, Rihana telah tampil bercerita tentang perkahwinannya dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menerusi satu interview dengan portal popular Daily Mail Online.  Rihana juga telah muatnaik video interview itu di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, menerusi IG miliknya, Rihana ada muatnaik satu video temubual dengan Mail Online dan ini captionnya:

“I gave my first interview to clarify our situation with the divorce. I haven’t seen my husband since last December. He is hiding from me and our son and unfortunately he is the one who is making the public scandal. I would like to apologize for his behavior. Hope he will think about his reputation and will stop all this fightings. Faris, you are a father and you are a Royal- please, think of what you do. Thank you for attention”

Dari kenyataan tersebut, Rihana telah menyatakan dengan lantang baginda yang mencetuskan segalanya dan dia meminta maaf bagi pihak baginda. Rihana juga berharap baginda akan memikirkan tentang reputasinya.

Sementara itu, portal The Sun UK telah melaporkan Rihana dikatakan telah menuntut satu rumah mewah bernilai £8 juta iaitu hamper bersamaan RM41.2 juta. Dikatakan Rihana juga meminta nafkah anaknya sebanyak £24,000 iaitu bernilai RM123694 sebulan.

Menurut laporan tersebut, perkara itu didedahkan sumber terdekat baginda kepada Mail Online.

Kisah ini masih belum ada penyelesaiannya lagi lagi. Apapun sebelum ini peguam Sultan Kelantan telah mengesahkan bahawa pihak istana dah pun hantar surat perpisahan dengan talak tiga kepada pihak peguam Rihana.