Risteena sorok iPhone 12 dalam kek, hadiah surprise untuk Isa Khan

1,931 views

Sedang bahagia menyulam cinta, dua pelakon Nur Risteena Munim dan Isa Khan sering upload detik dan momen kebahagiaan mereka di laman media.

Kalau ada sambutan atau occasion istimewa seperti sambutan hari jadi, atau anniversary, mereka berdua sering buat kejutan sesama mereka.

Yang terkini, Risteena telah buat surprise kepada tunangnya itu dengan memberi satu hadiah yang menjadi idaman ramai orang iaitu handphone iPhone 12 pro max.

Surprise dibuat ketika hari jadi salah seorang adik Risteena. Pelakon ini mengatakan dia nak buat kejutan kepada Isa Khan kerana handphone tunangnya itu hilang.

 “Risteena nak beri hadiah untuk Isa. Kebetulan hari ini nak sambut hari jadi adik saya, oleh itu masa tu ada satu kek khas untuk Isa, dalam kek tu, ada iphone 12. Saya akan minta Isa potong kek itu dan bila potong, akan nampak iphone dalam ke itulah”.

Thank you so much Wayne Gadjet sebab berpakat dengan saya untuk buat surprise pada Isa. Dia amat gembira. Memang dia tak expect langsung dapat phone

Ini kata-kata dari Risteena ketika memberi kek berkenaan kepada tunangnya itu.

Saya nak bagi hadiah kek ni pada Isa Khan kerana awak selalu jaga saya dengan baik sekali, awak selalu bersabar dan layan perangai saya yang gila-gila ni kan. Thank you so much”.

Ternyata isa Khan amat terharu kepada tuning tersyang menghadiahkan iPhone 12 pro max, handphone trend terkini yang jadi impian peminat produk jenama Apple.

Diruangan komen, ramai yang memuji mereka berdua ini amat sweet sekali dan ada peminat yang mengatakan rasa best jika dapat hadiah dan kejutan sebegini.

Wah sweetnya. Bestnya kalau dapat hadiah macam ni, bilalah saya nak dapat hadiah macam ni. Kek tolak tepi handphone dulu” Itulah antara komen netizen.”.

Isa Khan dan Nur Risteena telah bertunang pada tahun lepas dan sepatutnya merancang untuk berkahwin pada bulan November tahun ini namun terpaksa menundanya.

Share this on...