Risteena terketar-ketar berair mata buat swab test, komen Ika Nabela buat ramai tergelak

2,491 views

Pelakon Nur Risteena Munim dan tunang, Isa Khan akan mengakhiri zaman bujang mereka apabila bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada esok, Jumaat bersamaan 12 Mac 2021.

Dikatakan, sebelum bernikah, mereka wajib buat swab test untuk virus dulu, ini penting sebagai saringan demi memastikan mereka berdua bebas dari virus corona.

Patuh dengan arahan, Risteena pun buatlah test berkenaan bersama tunangnya.

Menerusi laman IG, Risteena ada muatnaik video ketika dia buat swab test itu. Rupanya memang penakut orangnya Risteena ni.

Pelakon yang kini dah berusia 32 tahun, berkata dia bukan buat-buat dan dia memang benar-benar takut untuk buat test berkenaan.

Dapat dilihat sampai terketar badan Risteena ketika jalani ujian berkenaan walhal dia akui tak sakit mana pun, cumanya minda dia dah set bahawa dia amat takut.

“Hey, saya ni bukan mengada-ngadalah. Memang saya takut pun.  Apapun syuku Alhamdulillah, dah selesai buat swab test dan keputusannya adalah negative.”

“Sebenarnya, tak sakit mana pun, akan tetapi sebab dah rasa terlalu takut, so mindset dah set sakit bila buat test tu.”

“Bila saya dapat tahu, untuk akad nikah ni kena buat swab test, say dah jadi terus terketar-ketar. Tapi memang saya tak dapat nak lari dah. Nak kahwin kan. Saya dah berjaya”

Diruangan komen ramai yang terhibur dengan gelagat dan ragam Risteena ketika nak buat test tu.

Ada yang kata siap bawa ibu dan ayah untuk support dia. Ada yang kata comel dan ada yang kata memang anak manja.

Selain itu, komen dari adik Risteena iait Ruhainies turut jadi perhatian. Ruhainies melabel kakaknya itu sebagai penakut. Yang lawaknya dulku Ruhainies pun sama juga, penakut nak buat swab test.

Komen dari rakan artis, Ika Nabela turut jadi perhatian yang mana dia kata kalau nak cucuk lain, kenalah cucuk hidung dulu buat test.

Apapun, selamat maju jaya buat Risteena dan Isa Khan yang akan nikah esok. Semoga dipermudahkan urusan.