Rozita Che Wan kini dah menyanyi, jom dengar suaranya

2,740 views

Rozita Che Wan dah jadi penyanyi nampaknya. Ini setelah pelakon dan pengacara ini merakamkan sebuah lagu jingle untuk Mylea.

Sebelum ini Mylea telahpun melantik Rozita Che Wan sebagai duta untuk jenama berkenaan.

Pihak syarikat Mylea kemudian telah buat offer dan mencadangkan Rozita Che Wan yang mesra disapa Che Ta ini untuk menyanyi lagu tema Mylea.

Jelas Che Ta, dia setuju dengan cadangan berkenaan sebab mahu mencabar kebolehan dirinya. Namun dia tidaklah serius dan berkata ini hanya tujuan nak promo jenama Mylea saja.

Jangan salah sangka pula. Tak ada niat saya nak bersaing dengan penyanyi sedia ada. Lagu ni pun bukannya untuk tujuan commercial.

Lagu ini dicipta oleh DJ Fuzz dan bertujuan untuk promo produk Mylea. Lagu ini berdurasi 30 saat saja. Kalau dengar, lagu ini rentaknya santai dan macam dangdut pun ada. Sebenarnya lagu ini dah masuk kat corong radio.

Che Ta berkata proses merakamkan lagu jingle berkenaan di buat pada tarikh 14 April yang lepas. Sebelum tu, secara jujur, Che Ta cakap dia memang tak yakin nak menyanyi.

Saya tak rasa vokal saya meletop macam penyanyi lain. Akan tetapi kerana pengasas produk Mylea mahu saya menyanyi, saya terus cabar diri”.

Tapi, saya tak ambil ini sebagai satu projek yang amat serius. Jauh sekali nak bersaing penyanyi lain seperti di pentas Anugerah Juara Lagu.

Walau ada yang puji, saya tak ada rasa mahu serius dalam bidang nyanyian. Bahkan saya rasa mesti yang puji saya boleh menyanyi itu hanya nak ambil hati. Apa orang kata, bohong sunat.

Jom dengar nyanyian dari Che Ta.

Tentang cakap orang luar tentang lagu berkenaan, Che Ta memberitahu dia dah kalis dengan komen tak elok dari orang luar.

Dalam perkembangan lain, Che Ta juga teruja untuk membintangi Kiah Pekasam versi filem terbitan Zeel Tentang perkembangan terkini, Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin akan berganding dalam filem terbaru Zeel Production iaitu filem Kiah Pekasam, yang diambil dari drama bersiri Kiah Pekasam.