Rumah baru dah siap, tapi belum ada zuriat, Siti Elizad harap suami tak boring dengannya

2,592 views

Siti Elizad antara artis yang kini sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat melalui kaedah IVF. Ini mengikut jejak beberapa selebriti lain untuk mendapatkan zuriat seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mawar Fareeda.

Namun baru-baru ini usaha Siti Elizad itu tidak berjaya setelah disahkan alami keguguran. Walaupun bersedih, Siti Elizad telah kuatkan diri dan akan berusaha lagi.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Siti Elizad telah bercerita pula tentang pembelian rumah barunya.

Rumah itu dibeli pada tiga tahun lepas, dan kini ianya telah siap sepenuhnya. Namun rancangan awalnya, Siti Elizad mensasarkan ketika rumah itu siap, seaptutnya mereka sudahpun memiliki zuriat sendiri yang akan menceriakan lagi suasana, namun ternyata ianya belum lagi jadi kenyataan.

We bought this house in the year of 2018, masa tu beli dengan harapan pada tahun 2021 siap, dan kami dah ada zuriat sendiri. Nampaknya kita masih lagi berdua saja sayangku.”

Dalam pada itu, Siti Elizad telah menulis ucapan sempena anniversary perkahwin mereka yang ke enam. Elizad berharap suaminya tak bosan dengan dirinya.

Nampaknya your wife ni akan terpaksa jadi seperti baby kecil untuk memeriahkan family kecil kita ni. Harap sangat you tak boring dengan saya ni, memandang kan wife you ni belum lagi ada rezeki nak bagi you zuriat sendiri.”

Selamat ulang tahun ke enam wahai sayangku. Terima kasih selalu layan, sentiasa sabar dan lindungi diri saya ni. Dengan keizinannya, kita bersama-sama doa. Love you till jannah sayang.”

Diruangan komen ramai rakan artis yang memberi ucapan tahniah sempena anniversary mereka. Tak lupa juga yang memberi kata semangat agar mereka terus kuat dan lebuh berusaha untuk meniamang cahaya mata kelak.

Ini komen Dj Deen Hot Fm: “Tidak mengapa, insyaallah ada rezeki tu nanti kami semua doakan. Happy anniversary.”

Edika Yusof truut beri komen: “Insyaallah dont give my dear sis. Now is the time.”

Semoga Siti Elizad jangan berputus asa untuk menimang cahaya mata, dengan izinnya akan datang nanti, insyaallah.