Rupanya dah pregnant, Ummi Nazeera terkejut hamil anak kedua

4,812 views

Pelakon Ummi Nazeera mengesahkan dirinya sedang mengandung anak kedua ketika ini. Usia kandungannya sudahpun masuk empat bulan.

Ummi Nazeera berkata sebenarnya dia memang terkejut, kerana sebelum itu dia sedang aktif berlakon dan ada masuk ke set penggambaran.

Dirinya telah alami perubahan ketika berlakon, dan ada yang berkata dia mungkin sedang hamil kerana asyik rasa mual.

“Ada perubahan yang berlaku pada diri saya. Banyak makanan saya tak boleh makan sampai saya tak boleh hidu bau ayam. Bila bau terus rasa nak muntah. Ketika di set penggambaran siri Kerana Corona, pembantu peribadi saya ada cakap maybe saya sedang mengandung. Tapi saya cakap kembali, itu tak mungkin.”

“Seminggu saya alami perubahan dan masuk minggu keenam saya datang bulan lewat. Oleh itu saya buat test ujian kehamilan. Memang saya terkejut result dia positif.”

“Sebenarnya saya dan suami plan nak usaha dapat anak kedua pada hujung tahun depan. Umur anak sulung baru berusia dua tahun.”

‘Sebelum ni ada cakap kat mama saya, seronoknya kalau ada anak lagi. Memang betul cakap itu adalah doa dan ianya telah dimakbulkan. Alhamdulillah, ini merupakan rezeki untuk saya.”

Ummi Nazeera berharap kandungan kali ini tiada risiko uri rendah yang dialaminya ketika kehamilan pertama. Ummi mengalami placenta previa.

“Harapnya kali ini tidak macam yang pertama. Doktor kata mungkin boleh berlaku lagi. Saya harap tak berulang lah.”

Untuk kandungan kali ini, Ummi Nazeera lebih banyak berehat dan sudah tidak berlakon lagi. Pelakon ini kini focus dengan kandungannya.

Membuat throwback di IG, Ummi berkata ada satu ketika, sebelum dia tahu sedang hamil, Ummi akui ada alami rasa sakit di perut ketika di set penggambaran.

“Rupanya ketika ni saya dah mengandung. Baru tahu. Masa kat set secara tiba-tiba saya sakit perut kerana tak makan. Lupa bawa makanan. Selalunya okey saja kalau tak makan. Namun masa tu sakit sangat sampai tak boleh nak diri tegak. A few days after that I found out I was pregnant, syukur alhamdulillah.”

Ummi Nazeera berkahwin dengan seorang medical officer iaitu Dr Mohd Izzar Anwari pada tahun 2017.

Share this on...