Rupanya Syifa Melvin dah menangis sejak dari rumah

49,490 views

Safawi Rasid tonggak ayam tambatan pasukan Malaysia ini telah mengesahkan penghijrahan ke negara eropah Portugal. Pemain sayap ini mengembangkan bakatnya dengan berpindah ke kelab bola sepak Portimonense SC yang merupakan kelab bola sepak di liga utama negara Portugal.

Semalam, Safawi Rasid telah bertolak ke negara berkenaan untuk memulakan kempennya beraksi di negara eropah.

Ketika ingin berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ahli keluarga dan peminat dilihat hadir memberi sokongan kepada Safawi.

Antara yang mencuri perhatian ramai ialah kehadiran Syifa Melvin, yang dikatakan kekasih hati kepada Safawi Rasid.

Ada satu momen yang menunjukkan Syifa Melvin sedih hati dan mengalirkan air mata kerana terpaksa berjauhan dengan Safawi Rasid. Ianya telah dikongsikan oleh Lia Natalia yang juga rakan kepada Syifa Melvin

Lia Natalia memuatnaik video yang mana Syifa mengatakan sebenarnya dia dah menangis sejak dari rumah lagi. Ini yang dikatakan oleh Syifa:  “Ok, dah menangis dah sejak tadi. Dah lepas dah kat rumah“.

Kemudian ia turut memberi sokongan kepada rakannya itu dan berharao Syifa akan sentiasa kuat: “Aku tahu kawan aku ni seorang yang kuat

Video berkenaan kemudiannya telah diupload semula oleh Syifa Melvin di laman media sosial miliknya.

Sementara itu, Lia Natalia turut mengambil video ketika detika-detik Safawi Rasid masuk check in untuk menaiki penerbangannya. Ini tulisnya: “Semoga maju jaya buat permata negara Safawi Rasid”.

Pernah sebelum ini Syifa Melvin dilihat seakan ada perbalahan dengan TMJ, Tunku Ismail yang mana pemilik JDT itu seperti memerlinya.

Sehingga kini Safawi memang jarang sekali muatnaik kisah peribadi terutama berkenaan siapakah kekasih hatinya kepada umum.

Menjenguk di laman mendia milik Safawi, pemain ini telah muatnaik momen terakhir bersama TMj dan pemain JDT. Safawi mengucapkan jutaan terima kasih kepada TMJ kerana sokongan yang tak berbelas bagi. Safawi juga dilihat mengalirkan air mata ketiak bertemu dengan TMJ sebelum ini.

Untuk pengetahuan, Safawi berpindah ke Portimonense adalah secara loan untuk satu season bermain di liga berkenaan dan akan bertemu pasukan kuat seperti Benfica, Porto dan Sporting, pasukan lama Ronaldo.