Safawi Rasid tayang kereta Porche, baca komen TMJ dan Podolski

2,438 views

Ketika ini antara pemain bola sepak paling berharga di Malaysia ialah Safawi Rasid. Pemain yang bermain di bahagian sayap dan forward ini merupakan tunggak utama pasukan Harimau Malaya dan juga Harimau Selatan iaitu Johor Darul Takzim atau JDT.

Di usia yang baru mencecah 23 tahun, anak kelahiran Terengganu ini terus jadi perhatian setelah seringkali jadi wira dalam beberapa perlawanan terutama melibatkan pasukan kebangsaaan.

Sesuai dengan status sebagai antara pemain paling hebat di Malaysia ketika ini, dengan menyertai JDT, pasukan yang diketahui mampu memberi gaji yang tinggi, Safawi mungkin boleh dikatakan antara yang menerima gaji lumayan.

Sebelum ini, ramai pemain yang mendedahkan Berjaya miliki kereta idaman mereka setelah menjadi pemain JDT, seperti pemain legenda tanah air, Safiq Rahim yang mempunyai kereta Ford Mustang, kali ini Safawi Rasid ada muatnaik gambar kereta mewah di laman IG miliknya.

Di IG, Safawi Rasid muatnaik gambar bersama kereta mewah iaitu Porche merah sambil buat ucapan sempena hari raya aidilfitri kepada pada followernya.

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin. Kita jaga kita. Semoga istiqomah”. Itulah yang di tulis di ruang caption oleh Safawi.

Di ruangan komen, pemilik JDT iaitu TMJ atau nama penuhnya Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga telah menulis komen. “Hebat Anak Terengganu. Sentiasa lah lahirkan rasa syukur dan sentiasa bekerja keras”.

Sementara itu, ada beberapa komen dari follower dan teman yang bertanya tentang kereta yang padu itu, dan Safawi dilihat telah menulis reply. “Itu kereta pinjam, untuk ambil gambar saja

Radin iaitu penyampai radio Era turut menulis komen menyatakan kereta berkenaan memang mantul. Sekali lagi Safawi menyatakan kereta berkenaan dia pinjam sahaja untuk ambil gambar sebagai latar belakang.

Yang paling menakjubkan, gambar berkenaan turut menerima komen dari pemain legend dari German iaitu Lukas Podolski yang menulis kereta itu cantik. “Nice car”.

Apapun, tidak diketahui adakah kereta itu memang benar-benar milik Safawi Rasid kerana tuan punya badan telah menafikannya. Hanya pinjam sahaja kata pemain ini.

Share this on...