Sah Bella Astillah kini mengandung, dah rujuk dengan Aliff Aziz

4,979 views

Penyanyi bersuara lunak, Bella Astillah sering kali dikaitkan dengan bekas suaminya penyanyi Aliff Aziz. Ramai tertanya adakah mereka dah kembali bersama. Sebelum ini banyak kali Bella Astillah memuatnaik gambar yang mana ada Aliff Aziz di sisi, tetapi mengatakan itu semua demi anak mereka.

Akhir-akhir ini, ada yang membuat spekulasi mengatakan bahawa Bella Astillah kini sedang hamil, dan tertanya adakah mereka dah kembali bersama.

Hari ini, akhirnya penyanyi ini telah membuat satu komen yang mengesahkan dirinya dan juga Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri. Menerusi komen berkenaan, Bella AStillah mengatakan mereka rujuk ketika masih dalam waktu edah.

Malahan, penyanyi ini turut akui bahawa dirinya kini sedang mengandung anak Aliff Aziz.

Netizen bertanya: “Bella Astillah dah kahwin balik dengan Aliff Aziz ke?

Bella menjawab: “Alhamdulillah masih dalam iddah lagi, jadi tak perlu kahwin semula, doakan Bella ye. Ya saya, doakan saya ye

Seorang lagi peminat nya menulis komen: “Berseri-seri berbadan dua sekarang

Bella lantas menulis: “Ya saya. Syukur Alhamdulillah

Dalam pada itu, ada netizen yang turut tanya tentang sikap Aliff Aziz yang selalu buat macam-macam hal, dan menjawa pertanyaan ini, Bella berkata, dia hanya berserah kepadanya.

Netizen menulis: “Pregnant ke, congrats, Cuma nak tanya, kalau Aliff Aziz buat perangai lagi macam mana, tak serik ke?

Ini jawapan balas Bella Astillah: “Itu hanya tuhan saja yang tau, saya jalani hidup ini, serta tawakal dan hanya mampu merancang kerana Allah yang menentukan. Kenangan pahit akan jadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa.

Sebelum ini, ada satu temubual dengan radio Suria, bertanya tentang isu ini secara terbuka, namun ketika itu, Bella belum sedia menjawab dan hanya mendiamkan diri.

Pasangan ini bernikah pada 9 September 2016 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki Mohamad Ayden Adrian yang dah berumur tiga tahun.

Mereka telah umum perpisahan pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff ada buat hal termasuklah isunya dengan beberapa wanita lain.