Salah diri sendiri terjerat cinta tiga segi, komen Amar Asyraf

4,843 views

Ekoran pendedahan dari wanita bernama Ellika Azman tentang Amar Asyraf, akhirnya pelakon ini memberi respon balas.

Ellika Azman yang merupakan pelakon teater, melalui laamn media sosial Instagram. Telah buat pendedahan bahawa dirinya dan Amar Asyraf pernah bercinta dan hamper nak berkahwin. Namun ianya terbantut dek kerana Amar dikatakan dah ada isteri kedua.

Tentang wanita berkenaan, Amar Asyraf akui dia kenal Ellika apatah lagi mereka pernah berlakon bersama dalam satu teater berjudul Puteri Saadong.

Menjawab isu yang timbul, melalui portal Berita Harian dan Harian Metro, Amar Asyraf berkata isterinya iaitu Arna Salleh dah pun tahu semua yang berlaku. Tambah Amar Asyraf, kalau benar dia ada sikap yang tidak baik, terutama terhadap kaum wanita, kenapa isterinya tetap jaganya dan setia dengannya.

“Jika benarlah seperti apa yang didakwa kenapa isteri saya masih setia dan masih berada disisi saya”

“Kami memang berkawan rapat (dengan Ellika), malah isteri juga tahu tentang perkara berkenaan. Cumanya saya tak bercadang untuk memberikan komen lanjut kerana nak jaga aib dirinya”

“Bukan isteri akan tetapi family juga turut ada di belakang saat saya sedang diaibkan oleh dia. Cukuplah apa yang berlaku antara saya dengan dia. Biar antara kami, isteri dan keluarga saja tahu, tidak perlulah untuk diceritakan pada umum”

Tentang isu dia kahwin dua, Amar Asyraf memberitahu ketika ini, dia tak nak komen lanjut kerana khuatir akan dimanipulasi pihak tertentu.

“Kenyataan akan dimanipulasi sehingga mengaitkan banyak pihak dan memberi kesan pada hubungan baik antara ahli keluarga saya”.

“Dalam hal ini, saya salahkan diri sendiri kerana membiarkan diri terjerat dengan cinta tiga segi”

“Saya tidak mahu membuka aib sesiapa, lagipun hubungan saya dengan gadis itu dah berakhir pada bulan Mac yang lalu. Biar apa yang berlaku jadi rahsia kami.

Kata Amar, dia harap kenyataan dibuat olehnya dapat tutup isu yang melanda. Apa yang berlaku antara Amar dan Ellika kini hanya sejarah dan tak perlu dikenang lagi.

Namun kata Amar lagi, jika ada pihak yang nak ungkit hal itu, dia tak teragak-agak nak bawa ke muka pengadilan.

“Wife memang tau tentang saya dengan gadis itu (Ellika). Dia tak melatah, malah tenang apabila saya berterus terang. Dia agak terkilan apabila cerita mula tersebar umum.

“Famili juga tahu tentang perkara itu. Saya akui, saya yang salah dalam perkara ini dan tak akan tuding jari pada orang lain”

“Saya dah bincang dengan wife, kami tak nak libatkan orang luar. Biar kami jer yang selesaikan masalah ini.

Itulah komen dari Amar Asyraf tentang isu yang melanda dirinya setelah wanita bernama Ellika Azman buat pendedahan dia merupakan kekasih dan hampir kahwini Amar Asyraf dan pelakon itu dah ada isteri sebanyak dua orang.