Sampai kisah gelek tiktok pun keluar, Muizz naik angin

35,420 views

Kisah rumah tangga antara pelakon popular tanah air, Nadia Brian dan suaminya Muizz Nasruddin kini sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Muizz telahpun menfailkan secara rasmi di mahkamah untuk perpisahan mereka. Katanya, dia nekad untuk berpisah setelah ada ternampak isterinya itu berada di dalam bilik dengan lelaki lain di sebuah hotel di Cyberjaya.

Melalui satu kenyataan, Nadia Bria juga ada mengatakan suaminya itu banyak karena, namun tak mahu cerita sebab nak jaga aibnya. Ini komen Nadia.

Saya dah tawar hati padanya. Banyak kerenah Muizz yang tak dapat saya nak cerita demi jaga aibnya. Saya harap apabila di mahkamah nanti Muizz akan terus melafazkan cerai dan berpisah

Melihat Nadia Brian mengeluarkan ayat mengatakan dirinya ada karenah, Muizz dilihat melenting, naik angin.

Melalui Ig story, Muizz muatnaik empat status membalas kembali kenyataan dari Nadia Brian itu.

Katanya dia tak ada nak melenting di sosial media, tetapi seperti sudah keterlaluan. Berkenaan karenah, Muizz mengatakan dia dah sedia maid untuk buat semuanya. Ini termasuk tak pernah menyuruhnya masak, cuci baju, dan bersih rumah.

Kemudian Muizz ada menulis dia hanya tak dapat nak berikan rumah kepada Nadia Brian kerana ekonomi yang kurang baik dalam tahun ini.

Muizz juga menafikan dia mahu perhatian dan glamor kerana tak ada kepentingan. Katanya dia tak jana wang dari sosial media.

Ini komen penuh dari Muizz yang dimuatnaik semalam dan terus mendapat perhatian ramai pihak.

Muizz bagaimanapun meminta maaf kepada rakan-rakan dan ahli keluarga kerana meluahkan rasa yang terbuku di hatinya secara terbuka kepada orang ramai. Katanya, dia juga manusia biasa.

Nadia Brian dan Muizz bernikah pada tarikh 9 November tahun 2019. Mereka berkenalan pada tahun 2017.