Sangat terkejut – Ini komen rasmi Adira, Dato Red

4,409 views

Semalam, penyanyi Adira telah selamat lahirkan baby ketiganya yang diberi nama Anggun.

Akan tetapi, kini dah ada ura-ura yang mengatakan pasangan ini sebenarnya ada masalah, ini ekoran satu andaian yang mengatakan ada artis yang baru sahaja telah diceraikan suami.

Tersebarnya berita itu, Adira terus tampil menafikan dia telah dilepaskan suami, Datuk Seri Adnan Abu ketika sedang mengandung.

Penyanyi dari Sabah ini turut memberitahu dia bukanlah individu yang tampil ke mahkamah seperti diceritakan oleh ruangan hiburan sejak kebelakangan ini.

Laporan itu menyatakan, ada artis yang baru dilepaskan suaminya dan ketika itu artis berkenaan sedang hamil anak ketiga, jadi ada yang membuat andaian bahawa ianya adalah Adira.

Adira kini dah tahu tentang hal berkenaan dan tahu ramai yang sangka artis itu adalah dirinya.

Akan tetapi Adira kini dah buat penjelasan mengatakan hal sebenar:

“Malas nk cakap tentang isu ulang kali termasuk gosip dan berita yang buat saya lemah. Dari dulu sampai sekarang, saya tak layan dan buat tak tahu saja”

 “Sy tak nk pening kepala fikir hal yg tk betul. Biar org nk ckp apa, yg penting sy dan suami th hal sebenar,”

Baginya, dia tak nak ambil serius tentang hal berkenaan dan hanya focus kepada keluarga dan juga anaknya. Adira juga mengatakan Dato Red telah menemaninya ketika proses melahirkan anak ketiga itu.

Dalam pada itu, Dato Red juga ada membuat kenyataan apabila nama Adira jadi bualan ramai.

Dato Red mengatakan Adira masih lagi isterinya dan dia akan menjaganya sebaik mungkin

 “Sy sumpah dgn nm Allah, sy tak buat hal itu. Sgt terkejut apa yg diperkatakan. Sy masih waras tuk buat semua ini.

“Selagi sy ada kudrat dan rnyawa, sy akan terus jaganya dan anak-anak,”

Itulah respon balas dari Adira dan juga suaminya. Semoga baik-baik sahaja.