“Sarang tebuan jangan jolok” Kes saman Ali Puteh dan Hidayah bermula

3,252 views

Adik kepada arwah Abam, Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah kini telahpun naik mahkamah berkaitan kes saman antara mereka berdua.

Ali menjelaskan kes tersebut sudah didengar di hadapan hakim secara online pada tarikh 16 dan 17 Februari lepas.

Dikatakan kes berkenaan patutnya diperdengarkan pada bulan September tahun 2020 namun ditangguh kerena perintah kawalan pergerakkan.

Ini komen Ali: “Saya tak boleh nak cerita lebih kerana kes ini sedang berjalan dan ikut jadual pada tarikh 17, 18, 19 dan 29 Mac depan akan ada perbicaraan selanjutnya.”

Sebelum ini, Hidayah ada failkan saman tuntutan kepada keluarga Ali yang dianggarkan berjumlah RM900000.

Membalas kembali, Ali dan family pula mengeluarkan saman kepada kembali Hidayah dan juga Aliff Syukri.

Menerusi satu status di laman Instagram, Ali ada menyatakan rasa hatinya tentang apa yang berlaku.

Ali yakin dia berada di pihak yang benar dan akan pertahankan maruah familynya.

“Alhamdulillah, kes saman dah pun bermula di mahkamah. Saman menyaman pun dah mula di bahas, memang mantap.”

“Ada pepatah mengatakan bahawa sarang tabuan jangan dijolok. Ini nak bagi hint sikit saja pada netizen-netizen semua yang banyak beri komen tak elok pada saya sampai nak hamun saya ni.”

“Insyaallah selepas ni kalian semua akan terdiam dan tersipu-sipu malu fikir kata-kat ayang korang lempar pada saya tu.”

“Allah tu maha mendengar dan juga maha adil, kalau kita buat baik akan dibalas baik, dan sebaliknya.”

“Kita ni jangan biarkan maruah keluarga dipijak. Demi kamu wahai abang Abam Bocey. Semoga akan dipermudahkan urusan ini, berani kerana benar.”

Ali Puteh juga sempat menulis pengalamannya pertama kali menjejakkan kaki di mahkamah.

“Bestnya first time naik court ni, gelak-gelak pun ye juga sambil senyum-senyum melihat gelagat masing-masing.”

Apapun semoga segala urusan Ali Puteh dengan kakak iparnya, Hidayah akan berlangsung dengan baik.