Sasha Saidin akan nikahi Encik W, ikut bakal suami tinggal di luar negara

746 views

Kakak kepada Zain Saidin iaitu Sasha Saidin mengesahkan bahawa dirinya akan akhiri zaman solo dan bakal bernikah tak lama lagi dengan seorang jejaka bernama Encik W.

Lelaki bekenaan khabarnya seorang dan melalui perancangan awal, Sasha Saidin memberitahu mahu akhiri zaman singlenya dengan jejaka itu pada awal tahun depan (tahun 2020) di ibu kota Maalysia, Kuala Lumpur.

Setelah 8 tahun bergelar ibu tunggal, Sasha Saidin akan berkahwin buat kali ketiga.

“Info tentang majlis nikah belum lagi ditetapkan sebab banyak benda kena diuruskan terlebih dahulu. Buat masa ini, saya yang uruskan sebab bakal suami kerja kat luar negara.

“Kerana ini perkahwinan ketiga saya dan dia, oleh itu majlis nikah nanti akan dibuat secara ringkas saja. Tak sangka ramai yang dah hidu dan tanya tentangnya”

Malahan, Sasha memberitahu, ada juga pihak yang nak taja perkahwinannya itu, dan ini membuatkan dirinya terkejut serta terharu.

“Dah mestin saya dan bakal suami terharu dengan tawaran tak disangka-sangka ni. Kami terbuka, mana tahu boleh adakan majlis resepsi nanti”

Dalam perancangan lepas kahwin, Sasha akui dia akan tinggalkan tanah air dan akan berpindah ke Timur Tengah selepas bergelar isteri kepada Encik W.

“Sebagai seorang isteri, saya kena kenal ikut suami. Namun, itu tak bermakna saya akan tinggalkan kerjaya seni saya. Mungkin Sasha akan berulang-alik pulang ke tanah air bagi memenuhi tawaran kerja di sini.

“Dalam masa sama, Sasha juga akan cari peluang kerjaya seni kat sana terutama dalam bidang peragaan. Namun, dalam apa sekalipun, keluarga tetap jadi keutamaan saya nanti”

Berkenaan hal peribadinya, Sasha Saidin pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada tahun 2003 dan mengambil keputusan untuk berpisah apda tahun 2007.

Selepas itu, Sasha Saidin telah berkahwin dengan jejaka dari negara seberang iaitu Salyo Priyanto, dan bercerai pada tahun 2012.

Hasil perkahwinan kedua mempunyai seorang anak lelaki bernama Adam, 10 tahun.

Tahniah buat Sasha Saidin, semoga segala perancangan berjalan lancar.

Share this on...