“Saya akui salah saya” Fikry Ibrahim pegang tangan Tasha Shila

3,260 views

Dulu kata tak nak sentuh wanita bukan mahram, tapi kini dah mula pegang pula, itulah antara komen netizen kepada pelakon yang kini sedang menempa nama iaitu Fikry Ibrahim.

Ternyata kerana hal ini, peserta Lawak Solo yang kini sudah bergelar pelakon popular itu luah rasa kecewa ekoran keluarganya turut jadi mangsa komen-komen dari para netizen yang tak selesa apabila ada babak bersentuhan antara Fikry Ibrahim yang dilakonkan dengan rakan artis Tasha Shila. Pasangan ini kini berganding dalam drama berjudul Kau Yang Pertama.

Fikry yang kini dah berumur 25 tahun, berkata kenyataannya sebelum ini sebenarnya hanyalah berdasarkan prinsip dirinya untuk cuba sebaik mungkin tak nak bersentuhan dengan pelakon bukan mahram ketika berlakon, bukannya tak nak pegang langsung kerana ianya bergantung pada situasi lakonan.

Namun kata Fikry lagi, memang ada situasi atau babak ketika berlakon yang tidak dapat dielakkan dari pda melakukan babak yang memrlukannya berpegangan tangan dengan pelakon lain.

Ini komen dari Fikry Ibrahim tentang isu yang melanda dirinya ini: “Sya bleh terima jka tegurn ditujukn pda sya saja tetapi situasi brubah bla kena kat keluarag saya, dorang kata mak pak tak ajar ke? Bila ibu bpa sya kena terpalit same hingga ad yang kta sya tak di didik dgn baik.

“Namun sya tak nafi perkara yg slah bila sentuh dgan wanita bukan mahram dan sya terima segale nsihat peminat, akan tetapi jgan hingga slah fham dgn kenyataan sya sebelum ini, lebih teruk ade yg dah tukar kenyataan itu hingga jadi maksud yg lain”

“Benda tu sebenarnya bagus, macam sayang kat saya, tapi janganlah kacau kat keluarga saya”

“Saya mengaku slah saya, sya tahu kesalahan saya pegang tangan, sya buat kena tanggung lah, lepas ni saya akan lebih waspada”

Dalam pada itu, Fikry Ibrahim berkata, dia kini akan lebih untuk berhati-hati dan cuba untuk mengelakkan perkara berkenaan daripada berulang lagi pada masa akan datang.

Share this on...