Saya bersara, rakan pun takde contact atau cari saya dah

2,469 views

Salih Yaccob kini sudahpun berumur 60 tahun, kini pelawak pelakon dan bekas penyampai radio ini telah pun tinggalkan dunia seni yang diceburinya sekian lama.

Setelah bersara dari dunia seni, Salih Yaccob memberitahu tidak ada apa yang nak dirindukan pun tentang industry hiburan ini.

Malah beliau sudah rasa puas hati dengan segala apa yang berjaya dicapainya selama ini. Bergelar sebagai seorang selebriti yang popular dan dikenali ramai, itupun dah dikira satu nikmat buat Salih Yaccob. Kini di umur seperti ini, Salih Yaccob tak nak mengenangnya lagi.

“Syukur, saya tak ada rasa rindu dengan kerjaya seni yang saya tinggalkan. Sebabnya, saya anggap diri dah pun bersara dan kini saya ada fokus lain yang kena diutamakan. ketika ini, boleh dikatakan saya jalani kehidupan yang dan damai.

“Kalau ikutkan, rakan-rakan dalam industri ni pun dah tak ada yang menghubungi dan contact saya lagi.

“Tetapi saya tak ada nak rasa sedih atau kecik hati apabila tak ada kawan dalam industry yang cuba contact saya, lagipun saya pun boleh je kalau nak cari dorang. Cumanya saya tahu mereka semua pun dah ada urusan sendiri”.

Salih Yaccob ketika bahagia dengan tiga orang isterinya iaitu Norlizah Mamat 55 tahun, Norfara Wahida Sulaiman 41 tahun, dan Samihah 34 tahun. Sebelum ini, Salih Yaccob telah berpisah dengan isteri keduanya bernama Raha. Hasil semua perkahwinan, Salih Yaccob dikurniakan13 orang anak da nada 7 orang cucu.

Mempunyai keluarga yang besar, Salih Yaccob berkata antara focus utamanya ialah nak habiskan masa dengan family.

“Anak semuanya pun sudah meningkat dewasa malah ada anak saya yang dah ada family sendiri. Saya pun dah ada ramai cucu. Oleh itu, tak ada perlu saya kejar lagi.

“Saya ada dua orang anak yang masih kecil dan perlu ditanggung pula ada dua. Seorang berusia 11 tahun dan anak saya yang paling bongsu baru berumur 6 tahun. Oleh tu, komitmen saya dah tak besar macam dulu-dulu.

“Semua isteri saya pun saling bermuafakat, saya rasa amat syukur dalam baki kehidupan seperti ini, Allah telah beri kemudahan pada saya”.

Jelas Salih Yaccob, dia kini hidup secara sederhana sahaja dan cukuplah dengan adanya tempat tinngal serta cukup makan, ianya dah memadai untuk family nya.

Sebelum bersara, Salih Yaccob bekerja sebagai penyampai radio selama 13 tahun di Sinar FM.