Saya dan isteri masih baik, Shuk muatnaik video dengan isteri

3,487 views

Pada minggu lepas, pelawak, pelakon dan pengacara Shuk Sahar dihujani komen kurang enak setelah ada dakwaan yang mengatakan Shuk telah menduakan isterinya, kononnya dia ada mempunyai kekasih lain. Wanita yang dilabel sebagai kekasih Shuk ini dikatakan bernama Fara Salleh.

Dari beberapa laporan, wanita ini pernah terbabit dengan beberapa isu, termasuk hubungan dengan Shah Jaszle dan juga Kecik bekas vokalis Hyperact.

Selepas mengambil pendekatan untuk berdiam diri setelah isu ini viral, Shuk akhirnya telah muncul dengan satu video yang menunjukkan hubungannya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, masih lagi baik dan mesra.

Dari video berkenaan, Shuk sempat memberitahu bahawa dia akan buat kenyataan rasmi tentang isu dakwaan ada hubungan dengan wanita lain itu hanya apabila ada masa yang sesuai.

Jelasnya, hubungan antara dirinya dengan isteri masih lagi baik walaupun hal perkahwinan dan peribadi mereka sedang panas dibicarakan di laman media sosial.

Ini kata-kata Shuk di video tersebut: “Asalamualaikum, saya mahu buat ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha. Dan saya juga nak beritahu, Shuk dan isteri syukur, alhamdulillah kami okey, tak ada apa-apa. Dengan izinya, kalau ada masa yg sesuai nanti, Shuk akan cakap. Baiklah guys, bye”.

Isteri Shuk yang lebih mesra disapa dengan nama Sera juga mengatakan: “Selamat hari raya, dan maaf zahir dan juga batin”.

Dapat dilihat dalam video yang di share itu, Shuk sedang berjalan-jalan disamping Sera dan turut kelihatan beberapa lelaki di sebelah mereka berdua.

Sebelum ini, jadi viral kisah yang mengatakan Shuk telah menjalin hubungan dengan seorang wanita bernama Fara Salleh.

Kisah berkenaan mula hebaoh melalui laman media sosial yang menggunakan nama LaudyaTaylor. Para netizen kemudian mula menyerbu laman IG milik Shuk untuk bertanya hal itu namun tiada jawapand ari tuan punya badan.