“Saya juga ada masalah peribadi” ~ Akhirnya Hannah Delisha beri kenyataan

5,326 views

Setelah beberapa hari kisah Hannah Delisha terpapar di banyak media, akhirnya tuan punya badan telah tampil memberi sedikit kenyataan ekoran isu yang melandanya.

Menjawab apa yang berlaku, Hannah mengakui dia juga ada masalah peribadi yang tersendiri, seperti kebanyakkan manusia biasa di dunia ini.

Hannah Delisha turut meminta maaf di atas segala berita yang sudahpun menjadi tajuk berita di kebanyakkan portal hiburan.

Menerusi satu posting di Ig story, Hannah Delisha meminta ruang buat dirinya dan keluarga. Jom baca kenyataan Hannah.

“Salam buat semua, saya ingin meminta maaf di atas segala perhatian yang memang sata tak mahu, yang diberikan kepada saya di waktu ini.”

“Ya betul, seperti kebanyakkan orang lain, saya juga ada masalah peribadi saya yang tersendiri. Maaf sangat kerana hal ini telah diketahui orang ramai.”

“Ketika mula ceburi bidang seni ini, tujuan saya adalah untuk memberi hiburan kepada anda semua melalui kerja saya dan bukannya kehidupan peribadi saya.”

“Usaha keras saya buat untuk jauhkan diri dengan isu gosip demi membawa nama dan bendera negara saya dengan penuh bermaruah. Saya harap sangat dapat kembali di atas laluan yang serupa seperti itu.”

“Sekali lagi, saya nak minta maaf di atas berita yang tak menyenangkan tentang diri saya dan family saya. Kalian semua layak terima kisah yang lebih baik dari kisah saya ini.”

“Saya hanya memohon agar kalian dapat mendoakan kami dan memberi sedikit privasi di saat kami diduga ini.”

Namun Hannah Delisha tak ada memberi sebarang kenyataan tentang status terkini hubungannnya dengan ibu kandungnya dan juga tarikh perkahwinan sebenar antara dirinya dan juga Imam. Buat masa sekarang semua pihak diharapkan dapat memberi sedikit ruang kepada Hannah Delisha dan suami.