“Saya masih seperti dulu” Nora tak kisah jika tak dipanggil Datuk

781 views

Penyanyi Nora Ariffin telah dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong dan ianya membawa kepada gelaran Datuk.

Walaupun sudah bergelar Datuk, penyanyi yang terkenal dengan lagu Dipersimpangan Dilema ini mengatakan dirinya sama saja macam dulu, tiada yang berubah.

Malahan, Nora juga tidak kisah sekiranya ada pihak yang tak memanggilnya dengan gelaran berkenaan.

“Kak Nora masih seperti dulu. Alhamdulillah saya amat bersyukur pada Allah kerana rezeki ini. Saya berasa amat terharu, gembira dan teruja.  Ini adalah satu hadiah yang amat istimewa kepada saya dan juga arwah suami, Johan Nawawi.”

“Saya tak dapat nak membayangkan betapa gembiranya arwah suami jika dia masih hidup sekarang.”

“Juga, saya rasa amat seronok apabila anak-anak saya gembira lihat mama mereka kini dah bergelar Datuk. Ini merupakan pembakar semangat buat saya dan berazam untuk terus aktif lagi. Hidup ini kita kena teruskan.”

Sementara itu, Nora melalui satu entry di laman IG miliknya, menulis ucapan sempena penerimaan pingat yang diterimanya itu.

“Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kena perkenan kurniaan ini.”

“Tak lupa terima kasih diucapkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan di atas pengiktirafan yang diberikan.”

“Dengan rendah diri saya nak ucapkan terima kasih kepada anak-anak tercinta, family, rakan-rakan dan para peminat dan semua pihak yang beri ucapan kepada saya.”

“Ini merupakan satu amanah, tanggungjawab dan pemberi semangat kepada saya agar akan terus aktif bergiat dalam bidang seni budaya. Semoga kita semua diberkati Allah yang maha esa.”

Nora Arrifin yang kini berumur 47 tahun menerima pingat sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini di atas jasanya dalam bidang seni.

Share this on...