“Saya naif” Lama diam diri, akhirnya Alya Iman buka mulut

355 views

Jika melihat di laman media sosial, sekarang ni antara isu paling meletup yang jadi perhatian ialah berkenaan pelakon baru Alya Iman, anak kepada pelakon legenda arwah Azmil Mustapha.

Kalau yang tertinggal kereta api, Alya Iman ini dikaitkan dengan kisah di maan dia didakwa telah bertunang dan mempunyai kekasih yang statusnya merupakan suami orang.

Alya Iman dan lelaki berkenaan telah berpisah setelah hubungan mereka tak direstui oleh isteri pertama lelaki berkenaan. Rupanya sebelum ini, hubungan mereka tak diketahui oleh isteri pertama.

Setelah menjadi viral, ramai yang melabel Alya Iman sebagai perempuan yang mencuba nak try laki orang.

Ianya terus berlarutan, apabila ada individu lain pula tampil mengatakan dia merupakan bekas kekasih kepada Alya Iman. Individu tu mengatakan telah banyak habis duit untuk Alya Iman selama dia menajdi kekasihnya. Kemudian melihat Alya umpama pisau cukur, lelaki itu mengataakn dia dan Alya berpisah.

Setelah mengambil pendekatan berdiam diri, akhirnya Alya Iman tampil memberi respon. Gadis ini akui dia tersilap lantas meminta maaf secara terbuka. Kenyataan ini dibuat dari Insta Story miliknya pada hari ini.

Mengakui diri masih mentah dan muda, Alya berharap kesilapan ini jadi pengajaran buatnya.

Segala komen netizen berbentuk sindiran, yang kurang elok termasuk yang mengecam dirinya, Alya Iman mengambilnya untuk mematangkan lagi diri.

Ini komen tuan punya badan: “Saya ni masih lagi muda dan amat naif, saya mohon kemaafan pada semua yang pernah saya sakiti. Saya juga dengan terbuka, menerima segala komen nasihat, kecaman, sindiran dan juga sebarang fitnah sebagai sesuatu yang akan buat diri sayang jadi lebih matang.

Memang pun saya akui, diri ini pernah buat kesilapan di masa lalu, namun begitu, saya yakin Allah itu maha adil dan juga maha berkuasa. Diri ini akan terus berdoa dan usaha supaya kehidupan saya diberkati serta diredainya”.

Alya Iman baru berusia 19 tahun, merupakan anak gadis kepada pelakon arwah Azmil Mustapha yang popular dengan filem Ali Stan dan Mekanik. Azmil yang telah berhijrah, telah pergi buat selamanya pada tahun 2018.

Share this on...