“Saya sayang awak tau” Memey Suhaiza buat surprise birthday untuk Abby Abadi

15,066 views

Pada tarikh 1 Disember, Abby Abadi menyambut hari kelahirannya yang ke 43 tahun. Bekas penyanyi kumpulan Elite ini menerima satu kejutan khas sempena hari kelahirannya itu.

Hari istimewanya, pada tahun ini, Abby Abadi menerima satu surprise dari Memey Suhaiza yang berganding dengan Norman Hakim dan juga suami Abby Abadi iaitu Jai Ezzany.

Pada mulanya, Memey Suhaiza telah membawa Abby Abadi berjalan-jalan. Dan mereka telah keluar membeli belah.

Malah Memey turut muatnaik gambar bersama Abby Abadi, dan mengatakan dia amat sayangkan Abby Abadi.

Hai orang sebelah saya ni. Saya sayang awak tau Abby Abadi. Semoga ukhwah ini akan selalu dalam lindungan dari yang maha kuasa Allah. Semoga yang terbaik untuk kita semua dan juga anak-anak”.

Mummy mama sebenarnya dah pasang angan-angan nak bawa anak bercuti selepas pkpb habis. Oleh itu kita berangan dulu. Rasanya dapat tak holiday pada bulan 12 ni”.

Kemudian Abby Abadi telah repost semula gambar berkenaan, dan mengatakan dia turut sayangkan Memey Suhaiza. “Sayang awak juga hehe” Itulah yang ditulis oleh Abby Abadi.

Setelah habis bershopping, kedua mereka pulang ke rumah. Dan barulah kejutan dibuat setelah Abby masuk ke dalam satu bilik di rumahnya.

Abby Abadi memang tak sangka, kejutan itu dibuat untuk dirinya, sehari lebih awal agar ianya berjalan lancer tanpa sebarang syak dari Abby Abadi.

Ini tulis Memey Suhaiza setelah berjaya buat surprise untuk Abby Abadi.

Esok birthday mama Abby Abadi, tetapi saja kita buat surprise kan lagi awal. Dah pakat dengan abah, papa, dan anak semua. Jadi kita sambut sehari awal. Nanti esok boleh sambut lagi

Ajak mama pergi shopping lepas tu mama terlebih seronok macam tak nak balik masa shopping. Tetapi terpaksa juga buat macam alasan nak balik sebab kat rumah semua dah ready. Akhirnya ianya berjaya. Happy birthday mama Abby Abadi”.

Abby Abadi ternyata terkejut, dan meluahkan rasa syukur kerana diberi kebahagiaan kepada dirinya.

Memang bahagia tengok family ini terus akrab seperti ini. Memang satu contoh yang amat baik.