“Saya sedih orang cakap macam-macam, memang saya tak kenal Tya”

2,314 views

Fauziah Nawi menjadi tumpuan setelah ada satu isu dengan Tya Ariffin baru-baru ini. Ianya berkenaan bayaran lakonan pelakon veteran ini.

Insiden yang terjadi membuatkan Fauziah Nawi akan lebih berhati-hati selepas ini untuk terima tawaran di masa akan datang.

Malah Fauziah Nawi akan lebih mengutamakan perjanjian hitam putih untuk leak berlakunya salah faham selepas ini.

“Sejak dulu saya ni tak berkira pun orang muda yang baru belajar, terutama kalau ada projek dari universiti. Orang yang pernah kerja dengan saya mesti tahu saya bukannya berkira.”

“Tapi kemunculan saya dalam projek pelajar university dan produk tujuan komersial, sudah tentu ada kadar bayaran yang berbeza. Tak sama harganya untuk iklan. Sama macam pelakon lain juga.”

“Pihak produksi juga kena maklum hal sebenar, dan tidak berkias di telefon, seperti cakap kepada manager saya mereka ni orang baru.”

“Saya persoalkan tentang bayaran, namun orang luar nampak saya ni macam gelap mata walhal pihak berkenaan tak ada cakap pun projek berkenaan adalah bertujuan komersial.”

Tentang video dengan Tya Ariffin, Fauziah Nawi akui sedih apabila ada pihak yang bercakap tak elok tentangnya.

“Sebenarnya saya sedih juga apabila kena cakap macam-macam sebab dalam video tu saya cakap tak kenal Tya. Memang saya ni tak tahu Tya tu siapa sebelum ni. Bukan saya nak tarik diri kerana tak kenal dia pun, saya ada alasan yang lain. Namun bahagian di video itu jadi viral, sampai ada yang bercakap tentang saya.”

“Saya reda dan tiada berdendam tetapi lepas ni saya akan lebih beringat. Saya dan Tya pun dah bermaafan di set penggambaran hari tu. Dia memang budak yang baik.”

Jelas Fauziah Nawi, dia sekarang ni masih aktif berlakon demi menyara cucunya yang telahpun kehilangan bapa.

“Saya ni berlakon ikhlas sebab mahu sara cucu yang dah pun kehilangan ayah mereka. Tak apa, biarkan orang cakap macam-macam. Saya ingat pesan arwah ayah saya, sentiasa bersabar.”