“Saya tak pernah nak menipu” Komen Caprice setelah selesai live Ebit Lew

3,488 views

Setelah selesai Ustaz Ebit Lew mengadakan satu sesi live untuk menjawab segala persoalan melibatkan Nadir Al Nuri dan juga Caprice, penyanyi rap ini akhirnya buat satu kenyataan.

Melalui satu entry di laman Instagram miliknya, Caprice menjelaskan bahawa dia bercakap benar dan tak pernah berkata dusta.

Namun Caprice tak mahu memanjangkan hal ini dan meminta maaf sekiranya ada yang terasa.

Ini kenyataan penuh dari Caprice.

“Bismillah, salam, siapa yang pernah jumpa saya dari JAIS, JAKIM, wakil rakyat, para pelajar, dan banyak tempat yang saya dah cerita visi saya untuk ummah.”

“Sebagai seorang individu, Caprice akui memang banyak dah berdosa dan masih kena belajar bab agama. Namun, harap kamu semua tahu, saya tak akan sama sekali cakap perkata yang tak benar apatah lagi untuk sebarkan fitnah berkenaan kemajuan agama dan juga ummah.”

“Caprice nak mohon maaf kalau cara saya yang begitu beremosi namun selama ni saya sokong 300 peratus tuan Nadir di Gaza dan juag Ustaz Ebit Lew. Hal yang kita tahu, insyaAllah kalau bukan di dunia ni, nanti kita jumpa di sana.”

Penyanyi ini turut mendoakan Ebit Lew dan semua pasukannya walaupun berbeza cara.

“Saya doa untuk Ebit Lew dan team dia, sungguhpun misi kita ke Gaza amat berbeza, jika kita sendiri tak dapat keamanan antara kita, apatah lagi dibumi Gaza ini.”

“Sepanjang ada di sini, Caprice masih rujuk kepada ulama dan juga ustaz berkenaan perjalanan Caprice di sini dan syukur, memang semuanya tegur cara Caprice, namun mereka minta Caprice teruskan misi.”

Jelas Caprice, ini merupakan antara satu cabaran yang paling besar dalam hidupnya.

“Sebelum naik kapal terbang lagi, team leader dah cakap memang tempat yang sedang alami perang tu ada risiko mungkin kita tak akan pulang. Sebelum naik kapal terbang lagi Caprice dah pasang niat dan siap sedia untuk rugi dunia janji tak rugi akhirat. Dan hari ni, sudah pun rasa hal tu.”

“Say akan teruskan perjuangan untuk diplomasi, aman dan rasa kasih sayang bukan saja pada tanah ini tetapi di seluruh pelusuk dunia, tak kisah bangsa dan agama.”

“Ini adalah perjalanan yang paling sukar sepanjang kisah hijrah dan ibadah saya, tetapi saya akan teruskan sampi nafas terakhir.”

“Sorry jika ada yang terluka, saya tak mahu teruskan debate ini. Saya harap kita semua dapat bersatu, dan jika saya terpaksa pertahan diri di mahkamah saya akan lakukan dengan bimbingan dari Tuhan, terima kasih. Salam.”

Semoga hubungan antara dua ikon ini akan pulih setelah Caprice pulang ke Malaysia nanti.