Sekarang duduk serumah Nabil ke? Ini jawapan Ayda Jebat

1,841 views

Ayda Jebat dan Nabil Mahir merupakan pasangan tunang yang amat aktif di laman media sosial. Klalau tengok kat Instagram mereka berdua ni ada saja video yang viral. Pelbagai jenis tarian yang dah dibuat bersama.

Dalam perkembangan terkini, ada kata-kata dan pertanyaan dari followernya yang bertanya adakah dia kini dah duduk astu rumah dengan bakal suami, di rumah mertuanya.

Mungkini ini disebabkan terlalu kerap Ayda Jebat berada di sana. Maka followernya pun naik musykil, apatah lagi musim PKP ini.

Melihat ada beberapa follower yang bertanya, akhirnya Ayda Jebat pun memberi komen balas.

Pelakon dan penyanyi ini telah membuat penafian tentang hal duduk serumah dengan tunangnya itu.

Ayda Jebat memberi penjelasan lanjut kenapa dia sering berada di rumah bakal family mertuanya itu.

Kata Ayda Jebat, dia selalu pegi ke sana atas urusan perjumpaan mesyuarat, terutama nak bincangkan hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan dan juga kerja.

Malahan, di dalam rumah family Nabil Mahir itu ada ibu bapa, serta nenek dan ahli family Nabil yang lain.

Ini jawapan dari Ayda Jebat: “Meeting tentang hal wedding dan job di rumah family Nabil. Dalam rumah ada ramai, ada emak dan ayah, nenek pun ada, kakak, abang, termasuk ada maid. Sekarang nak keluar pun pergi ke mana je boleh. Okey dah jawab, terima kasih

Sebenarnya saya tidak pernah pun tidur di rumah bakal mentua ni. Selalunya meeting dan buat kerja di rumah ini.

Memang gemar datang sini kerana saya boleh juga belajar solat jemaah dan lain-lain. Belajar apa-apa yang tak berapa nak pandai. Saya sekarang duduk seorang diri di Kuala Lumpur. Jadi family dia, sama seperti family saya juga”.

Ayda Jebat dan Nabil Mahir bertunang pada tarikh 28 April 2020 dan kini dalam proses untuk bernikah. Semoga segala urusan dipermudahkan.

Share this on...