Sekitar majlis baby shower Izara Aishah, umum jantina anak

4,430 views

Wajah pelakon Izara Aishah sudah lama tidak muncul di kaca tv sejak kebelangkangan ini kerana dia telah berehat seketika kerana pelakon cantik ini sedang hamil anak sulungnya. Usia kandungan Izara Aishah kini sudah pun mencecah 8 bulan.

Wah! Sudah tidak lama lagi menantu Datuk Seri Khalid dan Datuk Seri Siti Nurhaliza ini akan begelar ibu dan semestinya Tok Ti juga akan bakal menimang cucu lagi nampaknya. Pasti akan meriah dengan kehadiran ramai cucu nanti.

Hari ini, sempena kandungan dah mencecah trimester terakhir, telah belangsung satu acara majlis baby shower yang dianjurkan oleh pelakon Izara Aishah dan suaminya iaitu Adib Khalid. Majlis itu bertujuan bagi mengumumkan jantina anak mereka kepada umum.

Acara majlis yang di adakan dengan bertemakan warna hijau itu dilihat sangat meriah dengan kehadiran para keluarga serta kelihatan Tok Ti juga berada bersama dengan ibu kandung Adib Khalid iaitu Datin Sri Tengku Zawiyah Tengku Izham.

Sebagai rekod, suami kepda Datuk Seri Siti iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad dikurniakan empat orang anak lelaki hasil daripada perkahwinanya lalu. Salah seorang daripadanya ialah suami Izara, iaitu Adib.

Di majlis ini, pelakon ini kelihatan cantik dalam busana baju putih yang digayakannya. Izara Aishah dikatakan akan melahirkan anak sulungnya yang berjantina perempuan pada bulan April nanti.

Komen daripada Izara lagi: “Alhamdulillah, syukur semua doakan agar di permudahkan proses untuk bersalin dan baby girl (dalam kandungan) sihat walafiat”

Beberapa keeping gambar telah di kongsi di laman media social, dan antara yang jadi tumpuan ialah di IG milik Datuk Seri Siti Nurhaliza. Kata Tik Ti, dia menerima jemputan ke majlis baby shower itu dari Datin Sri Tengku Zawiyah Tengku Izham (Teezac)

Ini antara foto di majlis berkenaan.

Pelakon ini telah pun mengumumkan dia sedang hamil 6 bulan pada 1 Januari lalu. Pasangan ini bakal menimang cahaya mata mereka yang pertama selepas mereka berkahwin hampir dua tahun iaitu pada tarikh 17 November 2017.

Tahniah diucapkan buat Izara dan suami semoga semuanya akan berjalan dengan baik dan dipermudahkan.