Selain Puteri Aishah, pelakon cilik Puteri Rayyana Rayqa disahkan positif

2,636 views

Sebelum ini Puteri Aishah dan lima orang krew produksi drama disahkan positif dan pada hari ini, pelakon kanak-kanak yang turut berlakon dalam drama itu iaitu Puteri Rayyana Rayqa dan juga ibunya telah disahkan positif. Puteri Rayyana Rayqa yang baru berumur 6 tahun merupakan pelakon cilik di dalam drama berkenaan dan telah ke Scotland bersama pihak produksi. Ibu kepada pelakon berkenaan turut bersama ke Scotland.

Ibu kepada Puteri Rayyana Rayqa iaitu Syira membuat satu kenyataan tentang hal ini dan ketika ini mereka berdua hanya berada di rumah, sementara nak tunggu panggilan dari pihak KKM untuk dibawa dan menerima rawatan lanjut di hospital.

Ini komen dari ibu Puteri Rayyana Rayqa: “Saya dan anak merupakan orang terakhir yg buat test. Kami buat pada hari Rabu. Sebenarnya memang kami harap sgt result test itu negatif.  Namun begitu, pagi tadi, saya terima call dari KKM dan pihak mereka sahkan kami berdua positif. Ketika ini, saya dan Puteri Rayyana Rayqa masih di rumah tunggu call seterusnya untuk dibawa ke hospital.

“Saya dah memohon kepada pihak hospital harapnya saya tidak mahu pisah dgn anak saya. Jika boleh, biarlah kami bersama ketika kuarantin di bilik yang sama nanti.

“Dalam hal ini, saya tak nak pun salahkan sebarang pihak kerana bagi diri saya, apa yg dah berlaku ini adalah ujian untuk saya dan keluarga”.

Ketika di negara Scotland, Syira memberitahu bahawa anaknya ada demam selama dua hari. Selepas pulang ke Malaysia, Syira dan Puteri Rayyana Rayqa terus saja buat kuarantin selama 14 hari dan tak keluar ke mana-mana.

“Setelah tiba kat Malaysia, kami berdua terus pulang ke rumah untuk buat kuarantin. Suami saya dah pun ke rumah ibu kami. Oleh itu, sepanjang kuarantin itu, hanya kami beruda sahaja, saya dan Puteri Rayyana Rayqa.

“Anak saya ada demam selama dua hari semasa berada di sana. Saya ingat anak hanya demam biasa. Masa itu, saya rasa mungkin sebab cuaca sejuk di Scotland buatkan anak saya tak sihat.

Dalam perkembangan terkini, Puteri Rayyana Rayqa dan ibunya itu dalam keadaan sihat dan kedua mereka tak menunjukkan sebarang gejala atau simptom. Sama-sama kita doakan agar adik Puteri Rayyana Rayqa dan ibunya kembali sembuh.

Share this on...