“Semalam ayah boleh sembang lagi” Anak dedah punca pemergian Abu Bakar Umar

1,953 views

Di bulan Ramadan yang mulia ini satu perkhabaran duka telah diterima. Telah disahkan pemergian pelakon veteran iaitu Abu Bakar Omar yang menghembuskan nafas terakhirny apada pagi tadi.

Pelakon ini berumur 72 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 9.04 pagi Jumaat di sebuah pusat perubatan di Kedah.

Perkara ini disahkan oleh anaknya iaitu Mohd Zainuddin. Abu Bakar Umar disahkan meninggal dunia akibat dari serangan jantung.

Zainuddin mengatkan ayahnya ada mengadu rasa penat pada dua hari yang lalu dan hanya ke hospital semalam.

“Ayah saya dah kembali ke rahmatullah pada pukul 9.04 pagi tadi di Kedah Medical Central. Dia tak ada sebarang penyakit lain tapi sejak dua hari lepas, dia mengadu ada rasa penat sikit-sikit tapi dia kata masih okay.”

“Pada malam tadi ayah dibawa ke hospital dan dia pun boleh bersembang lagi. Namun begitu ketika pemeriksaan, doktor kata ayah macam ada masalah jantung.”

Jenazah Abu Bakar Umar diruruskan di kediaman miliknya yang terletak di Kampung Bukit Nyamuk Kuala Nerang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar, Kedah dijadualkan selepas solat Asar nanti.

“Saya wakit dari pihak family, ingin memohon maaf di atas segala salah silap arwah sepanjang hayat arwah bersama dengan masyarakat. Kalau ada hutang piutang ayah saya yang belum selesai boleh contact saya.”

Arwah Abu Bakar Umar meninggalkan seorang isteri bernama Faridah dan empat orang anak. Arwah juga mempunyai seorang anak yang telahpun meninggal dunia terlebih dahulu.

Sepanjang kerjayanya, Abu Bakatr Umar seornag yang hebat dan turut menerima pelbagai anugerah dek kerana lakonannya yang amat berkesan.

Abu Bakar Umar juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik pada tahun 1983 menerusi drama Senja Belum Berakhir dan drama Gincu Ayah pada tahun 2021.

Salam takziah dan sama-sama kita doakan buat arwah Abu Bakar Umar, Al Fatihah.

Share this on...