Categories: Hiburan

Seperti tiada seurat benang, Zila Bakarin dedah detik punca bertudung

Zila Bakarin seorang pelakon yang sebelum ini selalu dikenali dengan watak yang daring dan akan mudah buat lelaki cair serta jatuh hati.

Namun semuanya sudah berubah, kini Zila Bakarin sudah mengubah penampilan dan berubah menjadi seorang wanita yang lebih sopan dari segi pemakaian, sejuk mata memandang.

Pelakon jelita ini telah pun berhijrah dan memakai tudung spenuhnya pada umurnya 45 tahun.

Jelas Zila, kini mahu berubah atas kemahuan dirinya sendiri dan bukan dari mana pihak lain.

Mengenang kembali saat mahu berhijrah, Zila mendedahkan ianya terjadi dengan tiba-tiba semasa nak amik anaknya dari sekolah.

“Ketika nak keluar ambil anak saya kat sekolah, saya terasa seperti tak ada seurat benang di badan saya walhal masa tu saya ada je pakai sweater dan seluar jean.

“Saya jalan ke arah kereta dan rasa sejuk secara tiba-tiba. Bila berulang balik keluar masuk rumah juga ada perasaan yang sama. Kemudian saya masuk rumah, terus terdetik hati ni ambil selendang dalam laci dan terus pakai selendang tu. Apabila ianya berlaku, terus rasa seperti dah selamat”.

Setelah berhijrah, Zila turut terlibat dalam program keagamaan antaranya ialah program Jom Celik Al-Quran yang merupakan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Institut Pengajian Al-Quran.

Katanya dia terima untuk sertai program itu setelah menerima ajakan dan juga bantuan dari seorang lagi selebriti yang dah berhijrah iaitu Adam Corrie.

Jelas Zila, dia kini tak nak tangguh lagi untuk buat perkara yang baik setelah mula memakai tudung sejak hujung tahun 2019.

Sebelum ini, Zila Bakarin banyak berlakon drama seperti Dendam Aurora, Puteri Yang Tertukar dan juga My Sweet Lavender.

Zila Bakarin yang berasal dari Kedah, telah bernikah pada tahun 2008 dengan seorang cameraman bernama Azri dan mempunyai dua orang anak.  

Recent Posts

“Ko nak apa sebenarnya” Pengarah komen isu babak Ellie Suriaty cium kaki

Telah timbul satu isu yang mana ada babak pelakon Ellie Suriaty jirus air dan mencium kaki pelakon Adlin Aman Ramlie…

1 hour ago

Shaheizy Sam rugi RM500ribu, setengah juta tu..

Siapa yang tak kenal dengan watak utama filem Adnan Sempit dan juga Polis Evo. Nama Shaheizy Sam memang sentiasa diingati…

17 hours ago

Tindakan mulia isteri Along Eyzendy, semoga syurga buatmu

Pelakon Along Eyzendy kini sedang hidapi sakit buah pinggang yang kronik. Kerana penyakitnya itu, buah pinggang telah rosak teruk sehingga…

21 hours ago

Rozita Che Wan jawab dakwaan hubungan dengan suami dingin

Pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Rozita Che Wan dan suaminya iaiatu pelakon Zain Saidin tiba-tiab menjadi topic apabila ad…

1 day ago

Ezlynn report polis, failkan saman terhadap dua akaun Facebook

Penyanyi Ezlynn semalam akui ada dipanggil oleh pihak SPRM berkenaan kes pengubahan wang. Ezlynn telahpun beri kerjasama dan merakamkan keterangannya.…

2 days ago

Pelakon utama Muzik Video Raya tampil beri kenyataan, dedah hal sebenar

Gempar apabila satu iklan raya berkenaan aktiviti tak bermoral telah ditayangkan di laman media sosial. Video itu turut menampilkan orang…

2 days ago

This website uses cookies.