Serina dedah perubahan sikap Chef Wan ketika ibunya pergi buat selamanya

2,603 views

Anak kepada Chef Wan iaitu Serina Redzuawan mendedahkan sesuatu yang terjadi kepada ayahnya apabila ibunya, yang juga bekas isteri kepada Chef Wan pergi buat selamanya pada tarikh 18 Mac yang lepas. Arwah ibunya itu sebelum ini telah alami komplikasi kidney dan juga jantung.

Serina menceritakan bapanya dilihat berubah sikapnya yang mana jika sebelum ini banyak cakap, tiba-tiba hilang suara dan lebih banyak mendiamkan diri ketika pemergian bekas isterinay itu.

“Patut arwah mama akan buat pembedahan nak potong kaki sebab sakitnya. Apapun, rancangan itu tak jadi buat dan itu juga petanda arwah pergi buat selamanya dengan keadaan yang sempurna.

“Ketika hari pemergian arwah mama, saya tengok bahawa karakter papa buat kali pertamanya berubah jadi lain. Kalau kita semua kenal papa sebagai seorang yang suka bercakap namun hari tu, papa lebih banyak diam diri saja dan ada ketikanya dia menangis.

“Bila je kain yang tutup wajah arwah mama dibuka, air mata papa mengalir. Begitu juga ketika majlis kebumi, papa dilihat diam dan termenung”.

Serina menyatakan bahawa, hubungan arwah mama dan juga papa amat baik walaupun dah berpisah sekian lama.

“Memang tidak boleh nak nafikan, arwah mama amat beruntung sebab papa selalu ambil berat kebajikannya. Ada saja baju mahupun hadiah cenderahati yang papa beli untuk arwah mama kalau keluar luar negara.

“Sementara itu, papa juga sentiasa bagi wang belanja setiap bulan pada mama. Beliau juga dah sediakan rumah yang selesa buat arwah mama selepas berpisah”.

Serina juga sempat berkongsi cerita pengalaman yang mana dia tak akan lupa seumur hidup, iaitu pengalaman memandikan jenazah arwah ibunya itu.

Untuk info, Chef Wan bernikah dengan sepupunya Norhayati pada tahun 1982 yang mana ketika itu Chef Wan berumur 25 tahun dan Norhayati berumur 17 tahun. Hubungan ikatan mereka yang bertahan selama 3 tahun sahaja dan berpisah pada tahun 1985. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Mohd Nadzri (Chef Riz) dan juga Serina.

Share this on...