“Sesiapa kenal boleh mesej” Anzalna sedih lihat wajah sugul ayah arwah Surya

3,242 views

Kisah yang berlaku kepada seorang gadis bernama Siti Nur Surya yang baru berusia 19 tahun memang amat mengejutkan seluruh negara.

Malah pemergian gadis ini yang boleh dikatakan begitu tragis, membuatkan ramai simpati kepada ahli keluarga. Melihat kesedihan seorang ayah yang kehilangan anak, ramai yang turut melahirkan rasa sayu hati dan terkesan.

Antara individu yang terkesan dengan berita ini ialah pelakon jelita Anzalna Nasir. Pelakon ini telah akui dirinya rasa sedih dan memahami perasaan yang dirasai oleh pakcik Ismail iaitu bapa kepada Surya.

Anzalna Nasir telah upload gambar di ig story miliknya menunjukkan pakcik Ismail sedang dalam kesedihan ketika majlis pengebumian anaknya itu.

Ini tulis Anzalna: “Walaupun saya bukan ada di tempat pakcik ini, namun saya dapat rasakan apa yang dirasa olehnya. Sesiapa yg ada kenal pakcik ni boleh mesej Anzalna, terima kasih”.

Dari caption, Anzalna Nasir telah meminta sesiapa yang kenal dengan pakcik Ismail itu untuk mesej kepadanya kerana dia nak membantu keluarga berkenaan.

Apatah lagi diketahui bahawa ibu kepada arwah Surya kini sedang menderita sakit barah dan terlantar di rumah. Selalunya arwah Surya lah insan yang menjaga ibunya itu.

Memang baik dan suci betul niat Anzalna ini. Memang diketahui pelakon ini banyak memberi bantuan kepada yang memerlukan sebelum ini termasuk kanak-kanak yang mempunyai diagnosis barah.

Kepada mereka yang terbaca komen Anzalna itu, bolehlah mesej Anzalna untuk memberi info yang berkenaan agar Anzalna dapat beri bantuan kepada keluarga Surya nanti.

Kes berkenaan arwan Surya kini dalam siatasan pihak berkuasa dan bat masa sekarang, sudah ada suspek yang ditahan iaitu rakan sebaya Surya sendiri, seorang pelajar perempuan tingkatan enam.