Shahirah ada bercakap dengan bekas suami Sakinah

3,339 views

Secara tiba-tiba, netizen dikejutkan dengan berita bahawa Sharifah Sakinah dan suaminya Aliff Adha sudah pun berpisah sebagai suami isteri. Rupanya mereka berdua ni dah tak tinggal bersama di bawah satu bumbung sejak bulan Mac yang lepas. Kemudia mereka berdua berpisah dengan cara baik pada bulan Mei

Hal ini diakui oleh Sakinah apabila ada yang bertanya kenapa suaminya ada gunakan apss mecari pasangan secara online. Pelakon ini mengatakan bekas suaminya itu bebas untuk buat apa sahaja setelah mereka berpisah.

Bercakap lebih lanjut tentang isu perkahwinan Sakinah yang gagal, kakaknya iaitu Sharifah Shahirah memberitahu kedua belah pihak keluarga memang ada cuba untuk bagi nasihat kepada Sakinah dan juga Aliff. Walaubagaimanapun semuanya dah berakhir.

Shira menyatakan ada perbincangan yang dibuat dengan family namun ianya lebih kepada memberitahu apa yang terjadi. Bagi Shira, bekas suami Sakinah itu seorang yang baik dan amat sedih dengan apa yang berlaku.

“Family dah try bg nasihat tetapi hal macam ni kita tidak boleh nak memaksa. Keputusan ini memang buat ramai sedih. Kinah dan Aliff dah buat keputusan dulu sebenarnya, kemudian baru jumpa family untuk cakap tentang hal ini.

“Dalam pertemuan berkenaan, kedua belah family hanya berbincang dan bukannya ada bertekak untuk nak salahkan sesiapa. Kami pun ada mohon maaf dari pihak keluarga kami.

“Family Aliff memang sangatlah bagus. Sebenarnya, Sakinah amat beruntung kerana dapat husband yang amat baik orangnya. Pastinya Aliff dah cuba pertahankan rumah tangga paling terbaik, namun mungkin memang dah tiada jodoh”.

Kemudian, Shira yang merupakan penyampai radio memberitahu, dia tak tahu punca sebenar perceraian adiknya itu. Sebagai kakak, Shira memanjatkan doakan kepada adiknya dan Aliff.

“Janganlah tanya apa punca mereka berdua cerai, kerana saya memang tak tau. Saya ada bercakap dengan Aliff, kalau lepas ni dia ada jodoh dengan orang lain, tak apa. Dan kalau mereka berdua kembali bersama pun, okay juga.

Itulah komen dari Sharifah Shahirah tentang Sakinah dan bekas suaminya Aliff yang merupaakn seorang pilot.