Sharifah Shahora kena bedah, pesan suami jangan guna harta kahwin lain

3,179 views

Artis Sharifah Shahora telah buat satu pembedahan untuk buang ketumbuhan di bahagian rahim dan juga uterus. Pelakon ini mula rasa sakit perut yang agak kronik kemudian telah disahkan ada ketumbuhan.

Malah Sharifah Shahora juga buat pembedahan pada tarikh yang sama dengan rakan artis iaitu Syanie iaitu pada 29 April lalu.

Syanie juga mempunyai masalah di bahagian uterus dan juga ovary dan telah buat pembedahan untuk membuangnya.

Berbalik kepada Sharifah Shahora, ketika sakit dan nak buat pembedahan, dia sempat berpasan pada suami agar jangan guna harta peninggalan untuk kahwin lain jika sesuatu berlaku padanya dan dia sudah tiada nanti.

“Tentang harta peninggalan saya ada beri pesanan. Saya memang tidak tahu, soal ajal dan maut, semuanya ketentuan Allah. Sebenarnya duit simpanan selama ini jadi rahsia saya, suami pun tidak tahu hal ni.

“Saya pesan kat suami, jangan lah nak guna harta peninggalan untuk kahwin lain. Sebabnya harta itu adalah untuk anak-anak.

“Suami hanya angguk saja. Tapi saya amat yakin suami tidak mahu kehilangan saya dalam masa terdekat. Alhamdulillah, saya masih panjang umur,”

Kemudian apabila di tanya macam mana boleh sakit dan bahagian rahim, adakah dah lama ataupun tahu secara tiba-tiba, ini jawapan Sharifah Shahora.

“Ia berlaku tak diduga. Saya sakit perut lama sejak hujung bulan lepas lagi. Masa tu nak kerja pun tak boleh sakit sangat. Lepas tu, saya peri klinik untuk check dan doktor beri saranan untuk saya buat pembedahan cepat, jadi saya tidak tunggu lama, terus buat.

“Syukur alhamdulillah, pembedahan berlaku dengan lancar. Saya tak buang Rahim, sebab saya ada simpan hasrat nak mengandung lagi, kalau diberi rezeki.

Sharifah Shahora berterima kasih kepada doctor, jururawat dan juga keluarga yang memberi sokongan kepadanya dan sempat beri nasihat pada semua agar jangan tungu lama untuk buat pembedahan kerana boleh melarat dan merebak lagi teruk.

Katanya dia kini akan berpantang ikut cara orang lama-lama, lebih kurang 40 hari.