Sharnaaz pula fail permohonan nusyuuz kepada Noor Nabila

6,307 views

Sharnaaz Ahmad tampil di mahkamah dan telah failkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor pada hari ini.

Pelakon berumur 34 tahun ini bersama peguam syarie nya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader telah buat permohonan itu pada 19 September yang lepas.

Tatkala bertemu pihak wartawan selepas selesai prosiding, Sharnaaz Ahmad menyatakan dia buat permohonan itu kepada Noor Nabila kerana nak betulkan keadaan serta spekulasi melibatkan perkahwinan mereka berdua.

Ini jelas Sharnaaz Ahmad: “Sebab utama adalah untuk kita sama-sama selesaikan perkara ini dengan cara yang paling baik. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama”.

Terdahulu pada prosiding di hadapan Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail, Datuk Akberdin memberitahu pihak Sharnaaz telah serahkan saman kepada pihak Noor Nabila pada tarikh 22 September yang lepas.

Peguam syarie yang mewakili Nabila iaitu Azmi Mohd Rais telah sahkan perkara itu dan selepas itu terus memohon satu tarikh untuk memasukkan pembelaan mereka. Mahkamah kemudian menetapkan 6 November ini untuk sebutan semula kes.

Dalam pada itu, pihak mahkamah yang sama turut menetapkan 6 November ini untuk jawatankuasa pendamai (JKP) yang dilantik Sharnaaz dan Noor Nabila mengemukakan laporan tentang kemelut rumah tangga yang dialami oleh pasangan ini.

Noor Nabila melantik ayah tirinya, Abdul Halim Khan, dan Sharnaaz Ahmad melantik kakaknya iaitu Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakil dirinya.

Perlantikan JKP itu dibuat kerana Sharnaaz tak setuju dengan tuntutan cerai dari Noor Nabila yang failkan cerai secara baik dari Sharnaaz pada 27 Ogos lepas.

Kemudian, pada tarikh 13 Septembe, Nabila failkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden.

Pasangan ini telah berkahwin pada 31 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak diberi nama Jebat Jayden Ahmad.