Categories: Hiburan

Siannya, Norlia Ghani terkejut tak layak dapat BPN

Norlia Ghani melahirkan rasa terkejut kerana setelah periksa, dirinya disahkan tak layak untuk dapat bayaran kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Pelakon ini menyatakan, sebelum ini dia dahpun dapat pembayaran ketika fasa pertama pada awal April lepas, namun kali ini secara tiba-tiba tak layak pula.

Wanita yang sudah menjengah usia 72 tahun ini mendedahkan alasan yang diberikan adalah kerana dia ada syarikat SSM, walhal sebenarnya dia tak pernah pun daftar dan mempunyai syarikat.

Norlia amat hairan apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri menyatakan bahawa namanya ada register dengan satu syarikat. Ini komen Norlia Ghani.

“Mulanya saya layak dan dah dapat pembayaran pertama untuk BPN sekitar bulan April yang lepas dan kalau ikutkan saya akan terima baki selebihnya macam orang lain bulan ni. Kemudian, apbila di periksa, tiba-tiba tengok tidak layak dah jadinya.

“Kemudian saya dan anak pergi ke LHDN untuk tanya hal ini dan jadi lebih hairan kerana diberitahu saya ada syarikat sebab tu tak layak terima. Pihak LHDN beritahu mungkin ada orang lain yang guna nama dengan cara saya beri tanda tangan tanpa baca dokumen.

“Seingat saya, memang tidak ada buka syarikat sebelum ni. Dan jika macam tu, mungkin saya ada cuai atau tak sedar telah tanda tangan pada kenalan atau seseorang. Saya tidak ingat.

Jelas Norlia, ketika di LHDN, memang ramai orang yang hadir disebabkan masalah yang sama iaitu secara tiba, nama mereka tak layak dapat BPN sebab dikatakan terlibat dengan pendaftaran syarikat atau ada SSM.

“Saya pasrah jika tidak dapat bantuan itu. Cuma, saya berasa hairan tiba-tiba saya tidak layak pula, sebab itu saya pergi periksa di LHDN. Di sana ramai yang kena macam itu.

Norlia Ghani yang juga ibu kepada pelakon Rushdi Ramli, mengharapkan tanah air kembali pulih dan bebas dari kes wabak yang melanda kerana dia mahu kembali bekerja untuk cari rezeki.

Recent Posts

Dato Nash terlibat kemalangan, sedang dirawat di hospital

Penyanyi berstatus lagenda, Datuk Jamaludin Elias atau lebih terkenal dengan nama Datuk Nash, disahkan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan…

4 hours ago

Punca Dai Syed buat live tak pandang kamera

Ramai yang dah kenal dengan penyanyi yang bersal dari program reality dakwah iaitu Dai Syed. Kali ini Dai Syed telah…

17 hours ago

“Saya bukan jenis bangun pagi, suami ya” Risteena bahagia, syukur suami sporting

Kini dah sebulan lebih pasangan popular Risteena dan Isa Khan melayari bahtera alam perkahwinan. Risteena akui dirinya berasa amat bahagia…

23 hours ago

Tayang wajah anak Tok Ti, Asyraf Khalid dilabel nak cari publisiti

Penyanyi tersohor tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat bersalin anak kedua pagi semalam. Kehadiran baby boy, baby kedua…

24 hours ago

Ramai kurang senang lihat baju instafamous terdedah disebelah Pu Amin

Instafamous bernama Nadira Isaac telah jadi tumpuan setelah upload dua keping foto bersama penceramah dan pendakwah bebas iaitu Pu Amin…

2 days ago

“Ko nak apa sebenarnya” Pengarah komen isu babak Ellie Suriaty cium kaki

Telah timbul satu isu yang mana ada babak pelakon Ellie Suriaty jirus air dan mencium kaki pelakon Adlin Aman Ramlie…

2 days ago

This website uses cookies.