Siap ada bukti, kenapa dia tak mengaku salah, ini penjelasan peguam

5,813 views

Umum dah tahu bahawa Neelofa dan suami mengaku tak salah atas dakwaan tak scan dan tak pakai mask ketika berada di Nilai untuk membeli carpet.

Lantas ramai yang tertanya-tanya kenapa mereka sanggup mengaku tak salah walhal sudah jelas dengan adanya foto, gambar dan video. Pertanyaan dari netizen ini akhirnya dijelaskan dari sudut pandangan undang-undang oleh seorang peguam.

Walaupun tak menyebut nama Neelofa dan suaminya, peguam ini menjelaskan mengapa ada yang buat pengakuan tak bersalah sungguhpun adanya bukti yang jelas. Jom baca.

Mengapa dia tak mahu mengaku sedangkan sudah ada bukti siap dengan video yang menunjukkan dia bersalah? Sebenarnya, apabila seseorang itu tak mengaku salah, ianya tak bermaksud dia tipu pihakj mahkamah. Ianya bermaksud, sebenarnya dia meminta untuk dibicarakan. Ayat tak mengaku bersalah itu membawa erti saya mahu dibicarakan.

Dengan pengakuan tak bersalah, akan berlangsung proses perbicaraan yang boleh ambil masa berbulan-bulan lamanya. Setelah kes dibicarakan, seseorang itu akan ada peluang untuk memgurangkan hukuman. Malah dia juga ada peluang membela diri, sekaligus tidak menerima hukuman yang tinggi.

Peguam ini turut membandingkan bezanya dengan orang yang mengaku salah, hukuman akan terus dijatuhkan.

Berbanding sekiranya dia terus mengaku kesalahan, selalunya hukuman akan terus diberi ketika itu juga. Peluang untuk membela diri begitu terhad.

Hak untuk buat pengakuan tak bersalah merupakan hak semua orang. Miskin, orang pertengahan, atau yang kaya ke, apabila dihadapkan di Mahkamah, mereka akan ditanya sama ada mahu mengaku atau pun tak.

Kebanyakan mereka yang didakwa boleh bayar wang jaminan untuk keluar sementara nak tunggu hari perbicaraan. Ada kesalahan yang boleh jamin, ada yang tak boleh. Contohnya jika ditahan di bawah akta SOSMA, ISA dan POCA, mereka tiada hak ini.

Itulah penjelasan dari seorang peguam bernama Mufarwa Farid. Oleh itu, untuk kes Neelofa dan Pu Riz ini, mungkin mereka mahu dibicarakan untuk cerita apa yang terjadi. Apatah lagi pihak polis pun dah sahkan mereka tak akan didakwa atas kesalahan merentas negeri.