Siti Sarah muatnaik gambar ketika di SPRM

12,018 views

Semalam, banyak akhbar yang melaporkan bahawa pasangan suami isteri Shuib dan Siti Sarah telah dipanggil oleh pihak pencegah rasuah, SPRM.

Ini dikatakan ada kaitan dengan siasatan kes penggubahan wang yang melibatkan perniagaan air bobba madu mereka.

Pada hari ini, akhirnya Siti Sarah bersuara dan telah update satu entry tentang kes berkenaan.

Siti Sarah upload dua keeping foto menunjukkan dirinya bersama Shuib sedang berada di pejabat SPRM. Jelas Sarah, dia ke sana untuk bekerjasama dan sebagai satu tanggungjawab.

Ini captionnya: “Alhamdulillah syukur, kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia”.

Dalam pada itu, pihak pengurusan mengatakan kedua pasangan suami isteri itu tak akan memberi sebarang kenyataan lagi kerana kes itu sedang di siasatan pihak berkuasa.

“Ketika ini, Shuib dan Siti Sarah tak akan buat sebarang kenyataan kerana tak nak ganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak SPRM. Kita kena menghormati sistem dan undang-undang negara ini”.

“Namun begitu, apa yang pastinya, Shuib telah beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM dalam memberi kenyataan untuk bantu siasatan. Itu sahaja penjelasan yang boleh diberitahu”.

Menerusi laporan media, beberapa usahan dan juga selebriti lain juga akan dipanggil untuk membantu siasatan kes gubahan wang ini.

Diruang komen, ramai yang mendoakan agar pasangan suami isteri ini terus kuat dalam hdapi dugaan berkenaan.

Rakan terdekat termasuk artis juga memberi dorongan kepada mereka seperti Achey, Fad, Haiza dan Rahim. Ini komen Rahim Sepahtu: “Alhamdulillah, take care guys. Semoga urusan kalian berdua dipermudahkan”.

Ketika ini, Shuib sedang viral menerusi perniagaan air bobba madunya yang mempunyai banyak cawangan. Setiap kali cawangan baru dibuka, para pembeli sanggup beratur berjam lamanya untuk merasa air yang dikatakan sedap itu.