“Suami suka bau ketiak” – Ayda Jebat

4,722 views

Pasangan selebriti yang baru sahaja mendirikan rumah tangga iaitu Ayda Jebat dan Nabila Mahir antara pasangan yang sering tayang kebahagiaan mereka di laman media sosial.

Sejak kahwin ni, bertambah sweet lah psangan ni maklumlah hubungan antara mereka pun dah halal.

Ayda Jebat pula memang sering kali berkongsi perjalanan seharian mereka di instastory di Intsgram.

Yang terbaru, Ayda Jebat ada muatnaik beberapa video pendek yang menunjukkan kemesraan dia dan suaminya itu. Antara yang mencuri perhatian adalah video Nabil sibuk menghidu ketiak isterinya itu.

Menerusi caption yang ditulis, Ayda Jebat mendedahkan bahawa Nabil Mahir amat suka bau ketiaknya.

Ini tulis Ayda: “Ada orang komen amik suami Ayda Jebat ni, manja. Ingat isteri je suak bau ketiak suami ni dah terbalik. Aduh.”

Memang nampak kebahagiaan mereka amat jelas sekali ketika ini. Namun tak semua suka dengan kemesraan yang agak terlebih.

Di laman Twitter, ramai netizen menulis bahawa mereka merasakan video berkenaan agak over untuk ditayangkan di public.

Ini antara respon dari netizen bernama Ibcig: “Tak senonoh betul bola tengok Insta Story Ayda Jebat sejak dah kahwin ni. Audience Ayda Jebat ni dahlah banyak juga budak yang masih bersekolah.”

Seorang lahgi netizen bernama Fieza Eja menulis: “Erm, aku yang dah kahwin ini pun ada rasa malu dengan apa dia buat, tunjuk public.”

Mr Factsman menulis: “Itu la, perasan jugak. Macam melampau pula, takkanlah hal dalam kain pun nak tunjuk semua orang.”

Itulah antara respon orang ramai setelah nampak video Ayda Jebat dan Nabil Mahir. Sebelum ini Ayda Jebat ada mendedahkan bahawa Nabil memang suka pakai baju yang koyak ketika sebelum tidur.

Share this on...