Sweetnya, Ude Wahid buat kejutan sambut hari lahir Izreen Azminda

3,027 views

Setelah selesai sesi berpantang sejak melahirkan anak yang kedua pada bulan julai yang lalu pelakon Izreen Azminda juga telah berkongsi gambar langsing dan kurus persis anak dara di laman sosial Instagramya baru-baru ini.

Ternyata penampilan Izreen Azminda semestinya masih tetap cantik walaupun telah mempunyai dua anak. Terbaru, dia yang lagi sekali telah berkongsi gambar sekitar hari jadinya yang kali ke34.

Di lihat melalui gambar tersebut, ia adalah sempena sambutan hari jadinya yang jatuh pada 30 Ogos semalam. Izreen yang kini berusia 34 tahun mendapat kejutan hari jadinya daripada suami tercinta.

Ternyata sambutan hari jadi Izreen di sambut dengan penuh suasana romantis oleh suaminya yang juga merupakan pemain drum yang bernama Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.

Izreen juga mengucapkan terima kasih serta ucapan I love you kepada suaminya kerana kejutan sambutan hari jadinya yang ke 34 tahun itu.

Jelas terpancar sinar kegembiraan buat pasangan sejoli ini ditambah pula dengan kehadiran insan baharu dalam hidup mereka yang akan melengkapkan kehidupan mereka berdua sebagai suami isteri.

Pasangan bahagia ini telah mendirikan rumah tangga secara tertutup pada 8 Ogos 2017. Sebagai rekod ini adalah perkahwinan kedua bagi Izreen dan juga Ude Wahid.

Terdahulu, Izreen Azminda telah berumah tangga dengan seorang jurukamera yang bernama Muhammad Riza pada tahun 2012 dan sudah bercerai pada tahun 2014 serta di kurniakan seorang anak pada tahun 2013 yang diberi nama Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 6 tahun.

Manakala bagi Ude Wahid pula, sebelum ini dia telah berumah tangga dengan seorang wanita yang bernama Intan Liyana dan telah di kurniakan dua orang anak hasil perkongsian hidup mereka. Namun telah bercerai pada Mac 2018.

Izreen Azminda merupakan anak bongsu kepada tiga orang adik beradik yang dilahirkan di Kangar Perlis. Dia juga mempunyai Diploma Kewartawanan Intergratif dari Institut Media Intergratif.