Syukur baby boy, Julia Ziegler selamat lahirkan anaknya

2,336 views

Tahniah diucapkan buat pelakon Julia Ziegler. Menerusi perkembangan terkini, Julia telahpun selamat melahirkan anak keduanya pada hari Selasa.

Berita gembira ini dikahabrkan oleh Julia Ziegler. Dikatakan pelakon berdarah kacukkan ini selamat menerima kehadiran anak kedua pada jam 4.35 petang.

Dari satu post di Instastory, Julia membritahu bahawa dia telah melahirkan bayi lelaki dengan berat 3.85 kilogram dan semuanya dalam keadaan sihat.

Ini tulis Julia Ziegler: “Syukur, Alhamdulillah, baby boy kami telah selamat dilahirkan di dunia ini pada tarikh 7 Julai 2020“.

Pada hari Isnin, Julia telah upload sekeping gambar menunjukkan dirinya telah masuk ke sebuah pusat perubatan untuk proses bersalin.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar semua urusan Julia Ziegler akan dipermudahkan. Dapat dilihat kawan dari kalangan artis turut menulis komen mendoakan kepada Julia dan anak barunya. Antaranya ialah Aaron Aziz, Faezah Elai, Raja Ilya, Sasha Saidin dan Dynas Mokhtar.

Diimbas kembali, pada bulan April baru-baru ini, pelakon berumur 36 tahun ini membuat satu pengumuman dan telah memberitahu dia ketika itu sedang berbadan dua. Ketika itu kandungan dah pun masuk bulan ketujuh, trimester ketiga.

Ini komen dari Julia: “Kalau ikutkan, saya hamil pada bulan Oktober tahun lepas. Memang saya dan suami tidak menyangka dikurniakan rezeki anak kedua hadir dengan cepat. Jadi saya buat keputusan ketika itu untuk simpan kisah sedang hamil anak kedua ini. Lagi pun saya tak puas bersama anak pertama iaitu Ivana. Apa pun Allah dah beri kan rezeki, kami sangat bersyukur dan sentiasa lapang dada dengan rezeki yang diterima

Julia atau nama penuhnya Julia Bob Fauzi Ziegler bernkah dengan engineer bahagian mekanikal bernama Johan pada tarikh1 Januari 2017. Mereka dikurniakan anak pertama bernama Ivana Johan yang kini baru berumur 1 tahun lebih.