Tahniah! Adira selamat bersalin anak ketiga, beri nama Anggun

3,592 views

Jutaan tahniah diucapkan buat penyanyi Adira yang telahpun selamat melahirkan anak ketiga hari ini.

Penyanyi dari Sabah ini jalani LSCS dan telah melahirkan bayi perempuan diberi nama Anggun jam 1.20 petang tadi (8 Ogos) di satu pusat perubatan di Sungai Buloh, Selangor.

Bayi perempuan itu dilahirkan dengan berat sebanyak 3.5 kilogram dan dalam keadaan yang amat baik.

Anggun kini merupakan merupakan anak ketiga hasil perkahwinan antara Adira dan juga Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan nama Dato Red. Pasangan ini bernikah pada tahun 2015 dan Adira merupakan isteri keduanya.

Sebelum ini, Adira merupakan ibu kepada dua cahaya mata iaitu Anggrek yang kini sudah 2 tahun, dan anak keduanya Asan baru berusia 11 bulan.

Di laman IG, Dato Red turut meluahkan rasa syukur kerana kini dah mempunyai 10 orang anak.

Ini komen Dato Red: “Allhamdulliahhh…aku sujud syukur kepada Mu ya Allah. Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.”

Turut ditulis oleh Dato Red ialah tanda pagar atau hashtag #anakke10 #rezekiyangtidakternilai

Dalam pada itu, setelah penyanyi ini selamat melahirkan anak ketiga, doctor menyarankan agar dia membuat perancangan demi keluarga supaya jarakkan anak seterusnya.

Komen Adira, berkaitan dengan nasihat doktor, kalau boleh jika nak hamil lagi kena tunggulah jaraknya 5 tahun.

Ini kerana untuk membolehkan bahagia dalaman Adira supaya sihat sepenuhnya.

Diruangan IG, rata-rata para peminat menulis ucapan tahniah buat pasangan ini dan mendoakan agar semua urusan dipermudahkan oleh Nya.

Ada juga yang dah tak sabar nak tatap dan lihat wajah bayi ketiga Adira itu.

Share this on...