“Tahniah dapat wanita ori” ~ Baca komen-komen padu netizen pada Coach Yin

2,649 views

Kalau yang ikuti kisah Sajat, sudah tentu akan ingat nama jejaka bernama Coach Yin. Berbekalkan badan yang sado, Coach Yin pernah viral kerana menjadi kekasih kepada Sajat.

Mereka khabarnya pernah jalin hubungan beberapa tahun lalu dan sering upload gambar bersama di laman media sosial.

Hubungan antara mereka telah putus dan Sajat pula telah move on dan kini menjalin hubungan dengan jejaka dari negara timur tengah.

Semalam satu berita yang baru telah diterima berkaitan Coach Yin yang mana jejaka ini telah pun selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya bernama Azreen Azmin tetapi lebih mesra disapa Yeen.

Majlis pernikahan Coach Yin dan pasangannya telah berlangsung di Kota Bahru, Kelantan semalam.

Coach Yin yang merupakan seorang jurulatih kesihatan dan kecergasan telah muatnaik beberapa gambar kepada para followernya, sekitar majlis pernikahannya itu.

Mereka berdua dilihat sama padan sama cantik memakai pakaian pengantin berwarna putih, ketika bernikah di masjid sebelum bersanding di atas pelamin.

Ini tulis Coach Yin: “Syukur Alhamdulillah, husband and wife. Terima kasih semua yang beri doa pada kami berdua. Semuanya berjalan lancar. Kepada isteri, saya sayang awak buat selamanya. Akhirnya awak dah jadi milik saya.

Apa yang menariknya ialah komen-komen yang di tulis di gambar kahwin Coach Yin itu.

Selain menerima ucapan tahniah di atas perkahwinannya, Coach Yin turut menerima komen dari netizen yang menyatakan kesyukuran Coach Yin akhirnya dah kembali ke pangkal jalan setelah berkahwin dengan wanita tulen atau original.

Ada juga komen nakal yang berharap bekas kekasih kepada Coach Yin itu pula akan kembali ke pangkal jalan selepas ini. Jom baca antara komen yang ditulis.

Diimbas kembali sekitar pada tahun 2018, Coach Yin dan Sajat dikatakan berpacaran dan sering dilihat bersama. Ketika itu mereka pernah mencetuskan beberapa isu sebelum ini.